5 Fakta Mengenai Kucing Yang Wajib Anda Ketahui

Kita sememangnya sudah tahu kucing tu haiwan yang comel, adorable dan jinak. Tetapi adakah anda semua tahu kucing boleh atau tidak untuk bermimpi? Suka air? Selama mana kucing boleh hidup?

Jadi kali ni MM nak kongsi kepada anda semua 5 fakta kucing yang sering menjadi tanda tanya semua orang.

1. Adakah kucing boleh bermimpi?

Ya, kucing juga boleh bermimpi sama seperti manusia. Tidaklah selalu setiap masa sama juga manusia. Kucing mempunyai dua tahap tidur. REM (rapid eye movement stage) sleep dan non-REM sleep. Tahap REM ialah dimana tidur yang lebih lena atau bahasa kasarnya tidur mati haha. Pada tahap ini lah mimpi terjadi.

Jika miaowers tengok secara dekat bila kucing anda tidur lena, anda boleh lihat mata, mulut atau kaki kucing anda bergerak-gerak. Kucing bila berada di tahap tidur REM, jangan dikejutkan kerana ia menunjukkan kucing sangat letih. Tidur Non REM adalah seperti tidur tidur ayam sahaja.

2. Kenapa kucing takut air?

Jangan hairan ada juga kucing yang suka dengan air. Kucing merupakan haiwan yang sangat pembersih. Jika air membasahi bulu mereka, ada bakteria yang mungkin dapat hidup. Sebab itulah kucing tak sukakan air. Faktor cuaca juga memberikan peranan. Jika kucing yang tinggal di negara yang beriklim sejuk, kemungkinan kucing tidak sukakan air kerana jika mereka terkena air suhu badan mereka akan mendadak turun. Berbeza pula dengan kucing yang berada di negara yang beriklim panas. Mereka kemungkinan akan sukakan air kerana air dapat menyejukkan suhu badan mereka.

BACA JUGA: Kenapa kucing takutkan air?

3. Sejauh mana cerdiknya kucing?

Pernah tak Miaowers sekalian terfikir sejauh mana kucing memahami anda? Perlu diingatkan tahap kecerdikan kucing bergantung kepada jenis baka dan berbeza antara kucing yang lain.

Orang selalu kata kucing ni kurang cerdik dari anjing sebab anjing pandai buat trick yang macam-macam. Salah okey! Kucing juga boleh dilatih untuk melakukan perbagai trick bersesuaian dengan kesesuaian skill sedia ada kucing iaitu memburu, melompat, memanjat, mengelak halangan dan pelbagai lagi.

Perlu diingatkan juga kucing adalah haiwan yang sangat bagus dalam menyesuaikan diri dalam apa sahaja situasi. Kucing takkan buat benda yang mereka tak kisah nak buat. Jadi kalau kucing miaowers taknak main tangkap bola bukan bermakna kucing anda tidak cerdik. Kucing anda cuma tak berminat. Thats all.

4. Kucing dapat lihat warna atau hitam putih sahaja?

Ya, kucing boleh lihat warna tapi berbeza dengan manusia. Kucing hanya dapat lihat sedikit sahaja warna sebab mata kucing berfungsi berbeza dengan mata manusia.

Kucing boleh lihat warna biru dan hijau serta warna yang lain cuma warna yang dilihat

mungkin berbeza di mata kucing. Sebagai contoh, warna merah mungkin nampak seperti warna kelabu di mata kucing. Ini adalah kerana mata kucing hanya mempunyai 2 cone (cone memberi fungsi kepada mata anda untuk melihat warna), manusia mempunyai 3 cone. Tapi kenapa ada yang mengatakan kucing takut warna merah? Botol yang disi dengan sirap untuk menghalau kucing? Ok pasal tu nanti MM buat kaji selidik.

BACA JUGA: Perbezaan penglihatan kucing dan manusia

5. Selama mana kucing boleh hidup?

Secara keseluruhannya kucing terbahagi dua kategori. Indoor dan Outdoor. Jangka hayat kucing indoor lebih lama berbanding dengan kucing outdoor. Kucing indoor mungkin mempunyai jangka hayat selama 15 tahun berbanding kucing outoor yang hanya mungkin mempunyai jangka hayat selama 3 hingga 4 tahun.

Sebab utamanya hanya kucing indoor kurang terdedah dengan bahaya dunia luar berbanding dengan kucing outdoor.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment