5 Fakta Menarik Mengenai Kucing Baka MAINE COON

Semua pencinta kucing boleh mengenali baka kucing yang cantik ni dengan hanya melihatnya. Besar dan anggun baka kucing ini merupakan antara baka kucing kegemaran di dunia. Kucing Maine Coon sangat penyayang.

Dikatakan sebagai baka kucing semulajadi di Amerika Utara, baka kucing tertua ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Jom baca fakta menarik mengenai baka Maine Coon ini:

1. Negeri rasmi adalah Maine sempena namanya

Fakta menarik mengenai kucing Maine Coon ada kena mengena dengan nama mereka. Menurut Maine.gov, mereka memberikan sebab yang sempurna mengenai kenapa kucing berasal dari Maine ini pilihan terbaik sebagai kucing rasmi negeri tersebut.

Kucing baka Maine Coon dikembangkan lebih seabad lalu sebagai kucing domestik yang kuat, cantik dan dapat menyesuaikan diri dengan musim dingin New England. 

Segala mengenai Maine Coon merujuk kepada penyesuaiannya untuk menghadapi iklim yang sukar. Bulunya yang bersinar, tebal dan kalis air ia berbeza dari baka yang lain dan semestinya patut dihargai. Bulunya yang panjang, ekor panjang seperti berus dapat melindunginya dari musim sejuk.

Telinganya yang penuh dengan bulu juga (dihujung telinga dan dalam telinga) berbeza dari baka yang lain sama juga untuk melindunginya dari cuaca yang sejuk. Kaki yang gebu, bulat bertindak sebagai ‘kasut salji’.

2. Baka kucing domestik terbesar

Ternyata semua orang tahu kucing Maine Coon ni dikenali dengan saiznya yang besar. Namun sebesar mana kucing Maine Coon ini? Secara biasanya kucing Maine Coon boleh membesar sepanjang 48” dari kepala ke hujung ekor dan mempunyai berat sebanyak 5.8kg-8kg dua kali ganda melebihi kucing biasa.

Maine Coon dikenali dengan bulu mereka yang cantik, misai yang panjang, telinga yang berbulu dan tidak dilupakan ekor yang seperti berus itu! Cygnus merupakan kucing baka Maine Coon yang mempunyai rekod dunia dalam ekor yang terpanjang di dunia.

BACA JUGA: Kucing yang mencatat rekod dunia

Ekornya yang super panjang ini sepanjang 44.66 cm!

Apa yang menarik lagi mengenai kucing baka ini adalah kucing ini tidak mencapai umur matang sepenuhnya sehinggalah 5 tahun untuk baka asli. Baka campuran Maine Coon membesar sehingga saiz maksimum dalam usia dua ke tiga tahun.

Fakta menarik: Walaupun kucing Maine coon kuat, berotot dan panjang, secara am nya kaki mereka pendek.

3. Tidak selalu bermeong (miaow miaow)

Jika anda mempunyai kucing baka ini semestinya anda sudah perasan bahawa perkara ini betul. Kucing Maine Coon jarang sekali untuk berbunyi miaow. Walaupun saiznya besar, kucing ini sangat lembut dan sweet!

4. Sangat sukakan air

Walaupun kedengarannya sedikit lucu ada yang mengatakan kucing Maine Coon ada kaitan dengan raccoon. Namun ini tidaklah benar. Perkara yang kedua dua spesis ini mempunyai persamaan hanyalah kedua keduanya sangat sukakan air.

5. Sesuai untuk keluarga besar

Kucing baka Maine Coon merupakan baka kucing yang sangat sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak kecil dan hendakkan kucing yang dapat bersosial dengan sesiapa sahaja. Kucing ini dikenali dengan personalitinya yang peramah.

Walaupun begitu kalau anda mampu tidak salah untuk memiliki kucing baka Maine Coon dengan membeli dari penjual yang sah. Tapi lagi elok sekiranya anda mengambil bela kucing kucing jalanan yang sangat memerlukan kasih sayang dan tempat tinggal tetap. Adopt dont shop ok!

LIHAT JUGA: 12 portraiture kucing maine coon yang sangat Wow

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment