5 Fakta Menarik Mengenai Deria Rasa Kucing

Apa yang sebenarnya dirasai oleh kucing?

Ada pemilik kucing yang yakin bahawa kucingnya sangat sukakan benda manis kerana ia sukakan ais krim dan snek yang manis manis.

Ada juga pemilik kucing yang merasakan kucing mereka tidak mempunyai deria rasa langsung. Namun faktanya deria kucing anda sangat sempurna dan spesifik dari apa yang kita fikirkan.

1. Deria rasa manusia 12 kali ganda lebih dari kucing

Kucing mempunyai lebih kurang 470 deria rasa pada lidah mereka berbanding manusia yang mempunyai 9,000 dimana penyelidikan saintis terdahulu mencadangkan yang kucing mempunyai deria rasa yang terhad. Namun kajian baru baru ini menyangkal fakta ini. Pertamanya deria bau kucing anda dan organ tambahan yang bernama organ Jacobson menyediakan pelbagai input rasa secara keseluruhannya.  Menurut cathealth.com,

“Bau dihirup ke lidah dan bibir digerakkan dan lidah digesel di lelangit. Kemudiab bibir, hidung dan organ Jacobdon merupakan satu cara untuk haiwan menganalisa intipati sesuatu perisa dan bau di dalam cara yang kita sendiri tidak berpengalaman merasainya.”

2. Kucing boleh merasa pahit

Kajian terbaru yang diterbitkan di jurnal PLOS One mendedahkan yang kucing mempunyai 12 reseptor berbeza di lidah mereka untuk rasa pahit, sekurang kurangnya 7 dari itu sangat aktif. Pada mulanya ingatkan haiwan karnivor tegar mempunyai sedikit sahaja aktiviti reseptor pahit kerana ia lebih penting kepada haiwan herbivor dan omnivor untuk mengelakkan mereka memakan tumbuhan yang beracun.

Walaubagaimanapun,

 “Jumlah reseptor pahit pada haiwan karnivor darat diperiksa termasuklah spesis herbivor dan omnivor, dibandingkan secara kasar ia menyokong kuat hipotesis di mana diet tetap daging mempengaruhi jumlah reseptor pahit dan fungsinya,” menurut jurnal PLOS One.

Dalam kata yang lain, karnivor tegar tidak berbeza dalam jumlah reseptor pahit.

3. Kucing tidak boleh merasa manis

Reseptor rasa untuk perisa manis dikembangkan dalam spesis onminvor seperti manusia dapat berupaya untuk mengesan tumbuhan dan buah buahan yang mampu membekalkan sumber yang kaya dengan karbohidrat dan gula, dimana tubuh badan kita akan memprosesnya untuk menghasilkan tenaga. Sebagai haiwan karnivor tegar, kucing tidak memerlukan dan tidak boleh menghadam dan memproses karbohidrat jadi evolusi menghapuskan gen untuk merasa manis.

Oleh kerana ketidakupayaan kucing untuk memproses karbohidrat dan gula, kebanyakan pengilang makanan kucing menggunakan serat sebagai bahan utama di dalam produk mereka.

 “Mungkin inilah penyebab diabetis di kalangan kucing,” kata ahli biokimia Joe Brand di dalam artikel Scientific American yang diterbitkan sejurus selepas kurangnya reseptor manis pada kucing ditemui “Makanan kucing hari ini mempunyai karbohidrat dalam 20 peratus. Kucing tidak mampu menghadam karbohidrat.”

Anda mungkin berkata,

yelah tu”, “jadi kenapa kucing saya cuba untuk makan aiskrim saya?”

Sebenarnya kucing dapat merasa perisa lemak dan terdapat banyak lemak di dalam aiskrim! Sebab itu kucing sangat sukakan aiskrim.

4. Kucing juga boleh merasa tiga lagi rasa yang lain selain pahit

Setakat ini kucing diketahui dapat mengesan rasa masam, masin dan savouri yang juga dikenali sebagai rasa umami. Dengan penjelasan fungsi hidung dan organ Jacobson di dalam persepsi perisa, kucing mungkin boleh merasa perisa yang kita sendiri tidak ketahui.

5. Reseptor pahit mempunyai fungsi perlindungan

Seperti dijelaskan di atas, reseptor pahit dikembangkan untuk melindungai mamalia dari memakan tumbuhan beracun. Walaubagaimanapun kita manusia sebagai omnivor inj selalu menganggap material racun ini sebagai tumbuhan,

 “Rasa yang pahit wujud untuk meminimakan pengambilan kompaun toksik dari kulit dan komponen yang lain dari spesis mangsa seperti spesis invertebrata, reptilia dan juga amfibia,”  menurut penulis kajian PLOS One Gary Beauchamp, Ph.D.

Bayangkan katak yang ber4cun dan serangga yang ada di hutan tropika— dan racun yang manusia durjana bagi kepada kucing. Namun terdapat juga bahan pahit di dalam mangsa tipikal kucing. Sekiranya anda pernah melihat kucing memakan tikus dan meninggalkan seketul berwarna hitam, itu merupakan hempedu dimana ia dipenuhi dengan rasa yang pahit.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment