5 Cara Untuk Memberitahu Kucing, Anda Sayangkan Mereka Dalam Bahasa Yang Difahami Kucing

Salah satu cara yang halus yang kucing kita berkomunikasi untuk menunjukkan kasih sayangnya kepada kita adalah melalui ekornya.

Malangnya kita sebagai manusia kurang anatomi untuk membalas tanda-tanda kasih sayang ini. Yelah kita manusia tidak mempunyai ekor macam kucing kan. Jadi macam-mana caranya untuk memberitahu kucing bahawa kita sayangkan mereka supaya mereka faham?

1. Pejamkan mata secara perlahan-lahan

Peminat Jackson Galaxy sememangnya tahu tips ini! Pakar tingkahlaku kucing yang terkenal ini menggunakan teknik ini untuk menenangkan kucing yang ketakutan supaya mempercayainya dalam rancangannya My Cat From Hell dalam saluran Animal Planet. Anda juga boleh melakukan teknik ini setiap hari untuk menyatakan kasih sayang kepada kucing anda.

Pakar tingkahlaku kucing Marilyn Krieger juga mengatakan yang pejaman mata perlahan ini sebagai ‘ciuman kucing’ dan kucing anda jelas memahami ekspresi kasih sayang ini jika anda lakukannya.

2. Benarkan kucing melepaskan baunya kepada anda

Nak tahu jika kucing itu berminat untuk jadi kawan anda atau tidak? Krieger mengesyorkan anda menunjukkan jari telunjuk anda pada ketinggian paras hidung kucing tersebut. Jika kucing tersebut mendekati jari anda dan menyentuh jari anda dengan hidungnya jadi ia mahu berkawan dengan anda. Kucing tersebut kemudian akan menggesel pipinya di sepanjang tangan anda untuk melepaskan baunya kepada anda. Ini adalah tanda-tanda yang menunjukkan kucing tersebut percaya dan ingin berkawan dengan anda.

Anda boleh sambung lakukan perkara ini di rumah dengan kucing anda sendiri. Biarkan kucing anda datang ke arah anda dengan sendirinya. Kucing sangat suka apabila anda lakukan itu.

3. Melaga kepala

Salah satu bentuk kasih sayang yang MM suka adalah lagaan kepala. Terasa terharu sangat apabila kucing datang dan melaga kepalanya kerana ini menunjukkan yang kucing sayangkan kita.

Kriger tidak menggalakan untuk meniru tingkahlaku ini, namun sekiranya kucing anda benarkan anda melaga muka anda kepadanya jadi silakan. Anda mungkin akan bersih namun kucing anda akan hargai usaha anda. MM memang selalu lagakan muka sendiri jika kucing MM sekor ini datang. Tapi kucing yang ni sahaja mahu kalau kucing-kucing yang lain dorang macam lari kalau MM cuba laga muka. Hehe.

4. Isyarat Vokal

Kajian baru-baru ini menunjukkan yang vokalisasi kucing jauh lebih kompleks dan pelbagai dari apa yang manusia sedar. Lebih-lebih lagi kucing domestik lebih vokal dari saudara liar mereka. Pakar tingkahlaku mengatakan yang kucing memimik keinginan kucing untuk berkomunikasi dengan cara yang kita boleh kaitkan ini.

Kucing kita mempunyai pelbagai jenis bunyi miaow yang digunakan untuk permintaan yang berbeza-beza. Apabila kucing anda berbunyi, cuba meniru ton suara tersebut dan berbunyi semula kepada kucing anda.

Siapa yang tak pernah balas bunyi miaow kat kucing tu tak cukup catlover lagi. hehe

5. Merapi kucing anda

Walaupun tanda ini bukan kebiasaan kucing akan lakukan, ada kucing yang suka merapikan manusia mereka selain kawan kucing mereka sendiri. Ini adalah tanda-tanda kucing menunjukkan kasih sayang. Anda boleh memberus kucing anda untuk memberitahu kucing bahawa anda sayangkan mereka juga.

Gunakan berus pun sudah memadai, kalau nak jilat kucing macam kucing selalu buat tu susah juga bukan. Tak pasal-pasal kita pula terkena bebola bulu. Hehe.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment