5 Cara Untuk Melindungi Per4bot Anda Dari Dicakar Kucing

Sayang kucing tu memang sayang tapi kalau tengok kucing kita sedap-sedap cakar perabot kulit baru kita aduhhhhh seram sejuk dibuatnya. Jadi ini cara-cara untuk menjaga perabot kita dari diserang kucing!

1. Pos mencakar

Jika anda mempunyai kucing, anda seharusnya mempunyai pos mencakar. Terdapat banyak jenis pos mencakar yang ada di pasaran.

2. Penarik perhatian kucing

Anda mungkin sudah membeli pos mencakar tapi kucing anda seperti tidak berminat untuk menggunakannya. Terdapat beberapa cara untuk melatih kucing anda menggunakan pos mencakar. Pelekat catnip adalah cara yang terbaik. Pelekat ini boleh dilekatkan di mana-mana sahaja untuk menarik perhatian kucing anda. Selain pelekat, ada juga catnip dijual jenis penyembur dan serbuk seperti biasa.

3. Nail cap

Macam pelik kan tapi ini merupakan cara yang mudah sekiranya kucing anda sukar untuk dipotong kuku. Dengan corak dan warna yang comel, kucing anda pasti kelebihan lebih comel dan bergaya dengan nail cap ni.

4. Memotong kuku

Sekiranya anda berani, dan kucing anda memberikan kerjasama anda boleh memotong kuku kucing anda secara berkala. Rutin ini lebih elok sekiranya anda bermula dari kucing anda masih kecil supaya ia terbiasa.

Perlu diingatkan supaya anda memotong di kawasan yang selamat sahaja untuk mengelakkan dari kecederaan.

Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai pemotongan kuku kucing di sini.

5. Pelindung perabot

Pelindung perabot ada yang dijual khas untuk membantu perabot anda dilindungi dari kuku kucing. Pelindung ini ada yang bergaya, selesa dan paling penting mengelakkan dari kucing anda mencakarnya. Diperbuat dari mikrofiber yang diquilt, yang sangat mudah untuk dicuci.

Apa sahaja cara yang anda pilih, anda perlu ingat yang kucing adalah sebahagian dari keluarga kita. Kucing selalunya tidak memahami apa yang mereka lakukan itu memberi masalah bagi kita, jadi terpulang kepada anda untuk mengajar mereka dengan cara yang lembut, mudah dan berperikemanusiaan.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment