5 Cara Efektif Untuk Menenangkan Kucing Di Dalam Kereta

Terdapat banyak kucing di luar sana tidak teruja apabila dibawa berjalan-jalan dalam kereta. Sebab utamanya tidak diketahui namun ada beberapa individu telah memberikan beberapa teori mengenai hal ini.

Contohnya, kucing ada haiwan yang sukakan rutin. Jadi sebab inilah kucing tidak tenteram apabila dibawa naik kereta kerana ia tidak biasakan diri dengan keadaan tersebut. Jika kucing anda hari-hari naik kereta jadi tidak menjadi masalah.

Ini merupakan lima cara yang dapat membantu kucing anda lebih tenang di dalam kereta:

1. Letakkan kucing dalam carrier yang selalu digunakan


Satu penyelesaian mudah adalah dengan meletakkan kucing anda dalam carrier kucing yang ia sudah biasakan dirinya.

2. Jadikan carrier kucing lebih selesa

Dengan menjadikan carrier kucing lebih selesa akan mengurangkan kucing anda stress apabila di dalam kereta. Carrier kucing yang luas semestinya memberikan keselesaan sepanjang perjalanan.

3. Jadikan kucing anda biasakan dengan kereta

Perkara yang tidak biasa boleh dibiasakan. Tidak mustahil untuk membuatkan kucing anda suka menaiki kereta. Kucing akan selesa melakukan sesuatu sekiranya mereka biasa dengan rutin baru mereka.

Bawa kucing anda naik kereta hari hari supaya kucing anda biasakan dengan rutinnya yang baru dan selepas ini kucing anda akan tenang pada bila-bila masa dalam kereta sekalipun.

4. Berlatih strategi untuk menenangkan

Terdapat beberapa strategi untuk menenangkan kucing yang dapat membantu kucing yang gelisah apabila menaiki kereta.

Contohnya anda boleh menggunakan spray penenang pada seluruh kawasan carrier kucing yang semestinya akan memberikan persekitaran yang menyenangkan buat kucing.

Contoh yang lain adalah dengan membawa permainan kegemaran kucing dan memasang lagu yang menenangkan.

Kedudukan carrier juga berperanan dalam menenangkan kucing.  Carrier kucing perlu diletakkan di tempat di mana kucing dapat melihat pemilik mereka di dalam kereta.

5. Berbincang dengan veterinar

Anda boleh berjumpa dengan veterinar sekiranya kegelisahan kucing anda menjadi semakin teruk atau tiada perubahan. Veterinar mungkin akan memberikan ubat anti-kegelisahan dan penenang yang bersesuaian dengan kucing anda.

Memberi ubat-ubatan pada kucing tidak menyelesaikan masalah ini namun ada beberapa kes ia mungkin merupakan penyelesaian yang terbaik.

Ingin kongsikan pengalaman anda menyelamatkan kucing jalanan atau terbiar atau cerita berkaitan kucing? Kongsikan cerita anda ke email kami di themamamiaow@gmail.com

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment