5 Benda Yang Kucing Dapat Rasa

Kucing semestinya haiwan yang cukup menakjubkan! Reflek kucing yang hebat, setiap deria mereka, termasuklah deria penglihatan kucing yang lebih hebat pada manusia. Seakan-akan kucing mempunyai deria ke enam yang kita sendiri tidak dapat menjelaskan.

Berikut merupakan 5 perkara menakjubkan yang kucing dapat rasa:

Kucing dapat merasakan cuaca buruk, malah bencana alam!

Misai kucing adalah seakan-akan antena mood kegelisahan di setiap sisi wajah kucing. Kucing mempunyai keupayaan untuk mengesan walaupun sedikit pergerakan dengan mudah sahaja. Jadi bagaimana kucing dapat mengetahui cuaca buruk akan berlaku? Mungkin kucing dapat mengesan perubahan tekanan pada udara. Dikatakan juga telinga kucing dapat mengesan perubahan pada tekanan atmosfera dan kucing juga dapat menghidu perubahan pada udara. WOW!

Kucing dapat mengesan siapa yang paling perlukan mereka

MM selalu merasakan yang kucing mempunyai deria ajaib kerana dapat mengesan seseorang yang perlukan kucing dalam hidup mereka. Perasan tak bila kita rasa down, kucing kita akan datang seakan-akan faham perasaan kita.

Kucing dapat mengesan hantu dan perkara ghaib

Yang ni mungkin topik yang sangat panas kerana ada di antara kita yang tak percayakan kewujudan hantu. Namun kalau korang baca kisah mengenai kucing bernama Oscar di Rhode Island, mungkin korang fikirkan perkara ini dua kali.Making Rounds with Oscar: The Extraordinary Gift of an Ordinary Cat, mengisahkan seekor kucing biasa yang mampu mengetahui bila seseorang itu akan meninggal dunia di rumah penjagaan yang juga menjadi tempat tingga Oscar. Bukan sekali dua kes ini berlaku, perkara ini berlaku lebih 50 kali.

Kucing bukan sahaja dapat mengesan seseorang akan meninggal dunia, malah dikatakan kucing dapat mengetahui sama ada seseorang itu sedang mengandung atau tidak.

Kucing dapat mengesan bahaya

Mungkin kerana deria kucing yang sangat tajam, inilah sebabnya kucing dapat mengesan sesuatu yang bahaya akan berlaku. Joey, seekor kucing di Kanada bangun dari tidur secara tiba-tiba dan mengejutkan seluruh ahli keluarganya kerana ada berlaku kebakaran di bahagian dapur. Satu lagi kisah kucing di Amerika Selatan menyelamatkan bayi dari terjatuh tangga. Macam kucing MM sendiri, dari tengah tidur terus bangun duduk luar rumah bila anak-anak MM main dekat luar rumah. Jadi guard gitu dia.

Kucing dikatakan dapat mengesan kanser dalam manusia

Walaupun terdapat banyak anjing yang ajaibnya dapat mengesan kanser dalam manusia. Kucing pun apa kurangnya. Kucing dikatakan dapat mengesan perubahan bau yang ada pada seseorang yang sihat dan seseorang yang mempunyai sel kanser. Seperti kisah kucing bernama Oggy yang berjaya mengesan kanser pada tuannya sebelum dikesan oleh doktor.

Hebatkan kucing? Kucing korang ada kesan sesuatu yang luar jangkaan korang tak? Ce share kisah kucing korang di ruangan komen.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow di Facebook!

Leave a comment