5 Jenis Baka Kucing Yang Suka ‘Bersembang’

Kucing adalah bersifat individu dengan ciri-ciri mereka yang tersendiri dan personaliti yang pelbagai.

Tiada kucing yang sama seperti kucing yang lain.

5 baka kucing ini dikenali dengan sifat mereka yang suka berbunyi. Miaow miaow tak berhenti-henti…

1. Kucing Siam

Kucing siam sememangnya dikenali dengan coraknya dan mata birunya yang menawan. Selain dari itu kucing siam juga dikenali dengan sifatnya yang suka berbunyi kerana inginkan perhatian dari manusianya.

2. Sphynx

Kucing sphynx yang tidak berbulu ini sangat bertenaga dan merupakan kucing yang extrovert dan dikenali kerana suka menyapa pemilik mereka dan mendambakan perhatian menggunakan suara mereka.

3. Oriental Shorthair

Kucing oriental shorthair adalah baka domestik yang mempunyai persamaan kepada kucing siam. Mereka sangat pintar dan kucing yang atletik. Kucing ini dikenali dengan sifatnya yang suka berbunyi dan suka tinggal bersama kucing lain dan manusia.

4. Kucing Burma

Kucing yang berasal dari namanya Burma yang kini Myanmar namun dikembangkan di Britian dan Amerika Syarikat. Mereka sangat peramah dan bersifat keanak-anakkan walaupun sudah dewasa dan disamakan dengan sifat anak anjing. Kucing burma akan berbunyi sekiranya inginkan perhatian atau mencari-cari tuannya.

5. Tonkinese

Kucing tonkinese adalah gabungan kucing burma dengan kucing siam. Jadi karakteristik dua ekor kucing ini terdapat pada kucing tonkinese. Kucing tonkinese samgat bertenaga, suka bermain dan mempunyai ikatan yang kuat dengan manusianya. Ia juga akan berbunyi sekiranya mendambakan perhatian dari manusianya sehingga anda tidak akan berani mengendahkannya.

Jika anda sukakan suasana yang sunyi kucing-kucing ini tidak sesuai dengan anda kerana hari-hari anda akan dipenuhi dengan bunyi miaow 24/7. Siapa ada kucing siam tu ce komen skit pengalaman hidup bersama kucing suka berbunyi ni.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment