Apabila berkaitan dengan kesihatan kucing, pencegahan kanser merupakan senarai teratas bagi semua pemilik kucing.
Ini adalah kerana kanser boleh menyerang kucing kita pada tahap yang sangat membimbangkan. Tidak kiralah kucing anda baka asli ke baka campuran ke, kanser merupakan isu yang serius bagi kucing kita.
Berikut merupakan perkara yang dapat kita lakukan untuk mencegah kanser:
BACA JUGA: Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser di kalangan kucing
1. Kasi dan mandul
Mengkasi dan memandulkan kucing anda digalakkan untuk beberapa sebab. Pertamanya, ia mengurangkan kadar pertambahan populasi kucing yang kini sudah pun berlebihan. Terdapat banyak kucing terbiar yang ada di jalanan dan juga di pusat perlindungan kucing. Walaubagaimanapun, dengan mengkasi dan memandulkan kucing juga sudah terbukti dapat membantu mencegah beberapa jenis kanser. Kucing betina yang dimandulkan awal kurang berisiko untuk diserang kanser kelenjar mammary serta penyakit pyometra.
2. Berikan makanan yang tinggi kualiti
Sama juga seperti manusia, diet berperanan besar dalam keseluruhan kesihatan kucing. Berikan kucing anda makanan yang berkualiti, apa sahaja yang anda rasakan terbaik untuk kucing anda. Nutrisi yang tepat bersama diet yang bebas dari bahan carcinogen (penyebab kanser) seperti pengawet, pewarna tiruan dan bahan-bahan yang tidak diperlukan.
3. Pastikan kucing sentiasa aktif
Senaman penting untuk manusia pastikan kesihatan sentiasa dalam keadaan yang terbaik. Sama seperti kucing. Kucing yang tidak aktif mudah berisiko untuk diserang penyakit seperti diabetes, penyakit jantung dan kanser.
4. Mencegah perkara yang menyumbang kepada terjadinya kanser (persekitaran carcinogen)
Ada beberapa persekitaran carcinogen (penyebab kanser) yang sukar untuk dielakkan. Ada juga yang kita tidak tahu kewujudanannya. Namun sekurang/kurangnya kita lakukan yang terbaik untuk mencegah satu yang kits tahu. Persekitaran carcinogen termasuklah asap rokok, penyembur sersngga dan racun serangga dan pokok yang lain. Terdapat kajian membuktikan yang peningkatan risiko kanser pada kucing sekiranya mereka terdedah dengan toksin ini.