4 Tips Kesihatan Kucing Yang Pawsome Untuk Dikongsikan Sempena Bulan Kesedaran Kesejahteraan Haiwan Peliharaan

Tahukah anda yang bulan Oktober adalah Bulan Kesedaran Kesejahteraan Haiwan Peliharaan?

Disponsor oleh American Veterinary Medical Association, matlamat hari ini adalah untuk mendidik pemilik haiwan peliharaan terhadap pentingnya pemeriksaan kesihatan berkala dan penjagaan kesihatan.

Kucing adalah haiwan yang pandai menjaga diri mereka sendiri, namun kucing juga masih memerlukan manusia untuk menjaga mereka dan pastikan kesihatan mereka sentiasa pada tahap yang baik. Ini adalah tanggungjawab kita sebagai pemilik kucing untuk membawa kucing ke vet, menyediakan diet yang betul dan senaman dan lakukan perkara yang kucing tak dapat lakukan.

Ikuti tips-tips ini untuk memastikan kucing anda gembira dan sihat bersempena Bulan Kesedaran Kesejahteraan Haiwan Peliharaan dan sepanjang tahun.

1. Pemeriksaan kesihatan berkala

Tiada persoalan lagi yang pemeriksaan berkala adalah penting untuk kesihatan kucing kita, tapi hampir separuh pemilik kucing di Malaysia ini susah nak bawa kucing ke veterinar.
Bukan sahaja wang ringgit menjadi persoalan, malah ramai pemilik kucing yang percaya yang kucing mereka sentiasa sihat. Kita sememangnya tahu yang kucing sangat pandai menyembunyikan kesakitan mereka, jadi pemeriksaan kesihatan secara berkala mungkin dapat mengesan masalah kesihatan yang kucing anda sembunyikan seperti diabetes, masalah jantung, batu karang dan isu tiroid.

Selalunya keadaan kucing dah terlampau teruk barulah pemilik kucing bawa ke veterinar.

2. Pastikan kucing dapat diet yang betul dan bersenam

Memastikan kucing kita berada pada berat yang sihat dapat memastikan mereka hidup lama dan gembira serta bebas penyakit. Kucing gemuk memang comel, memang kita geram, tapi gemuk apa yang sihat kan? Tersembunyi banyak risiko penyakit merbahaya di sebalik perut bulat tu. Sama juga seperti manusia, obesiti merisiko kan kucing anda untuk diserang diabetes, arthritis dan banyak lagi penyakit yang mengancam nyawa.

Tapi macam mana nak tahu kalau kucing kita terlebih berat? Kebanyakan vet akan menggunakan sistem pemarkahan 9 apabila mereka memerika keadaan tubuh kucing. Markah 9 adalah kucing tersebut obesiti dan 0 kucing tersebut kebuluran.
Kita mahukan kucing berada dalam tengah-tengah dalam markah 4. Pada markah ini, anda boleh rasa tulang rusuk di sebalik lapisan lemak yang nipis cumanya kita tak dapat melihat tulang tersebut. Kita juga dapat melihat bentuk pinggang kucing apabila memandang kucing dari atas.

Kalau badan kucing tu bulat je dari bahu sampai la ke punggung… Ha obesiti ler tu.

4. Sentiasa menjaga keperluan perapian kucing

Walaupun kucing dikenali sebagai haiwan yang pandai merapikan diri sendiri, kadangkala kita perlu juga membantu serba sedikit. Kucing yang tua dan kucing sakit memerlukan bantuan anda untuk mengekalkan kebahagiaan dan keselesaan.

Untuk mengelakkan kucing kita menelan bulu banyak pun antara satu sebab kenapa kita perlu memberus kucing kita. Tidak kisah lah kucing kita bulu pendek ke kucing kampung ke..

Dengan memfokuskan penjagaan kesihatan kucing kita, kita dapat pastikan yang kucing kita sentiasa gembira, sihat dan hidup panjang walaupun berakhirnya bulan ini.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment