4 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Ekor Kucing

Anda rasa ekor kucing ini apa fungsinya? Mudah bukan? Rupa-rupanya banyak benda yang kita tak tahu mengenai ekor kucing.

1. Ekor adalah alat komunikasi kucing

Posisi ekor kucing mempunyai makna kepads kucing lain dan juga kita sekiranya kita memberi perhatian. Kajian menunjukkan kucing yang ekornya tegak ke atas adalah kucing yang peramah dan rileks. Ibu kucing memberikan petunjuk kepada anak-anaknya untuk mengikutinya mengikut ekornya yang tegak itu. Bukan hanya posisi ekor untuk komunikasi, namun mesej yang disampaikan dengan pergerakan ekor juga.

Ekor yang bergetar-getar ada maknanya. Apabila kucing hanya menggetarkan hujung ekornya sahaja, ini bermakna mereka sedang berwaspada dan sedang bergembira. Apabila kucing sedang memburu, mereka boleh menggoyangkan ekor mereka secara sistematik.

Kucing menggetarkan dan mengembangkan ekornya apabila terasa terancam, takut dan agresif.

Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut bahasa ekor kucing di sini

2. Panjang ekor kucing berbeza-beza

Kebanyakan kucing mempunyai kepanjangan ekor yang panjang namun ada beberapa baka kucing tidak mempunyai ekor atau mempunyai ekor yang pendek lebih-lebih lagi kucing baka Manx dan campuran baka Manx. Ciri-ciri genetik ini datang secara semulajadi.

3. Ekor boleh memberi petanda isu kesihatan

Kadangkala ekor boleh menunjukkan keadaan kesihatan kucing anda. Beberapa keadaan boleh menunjukkan gejalanya melalui ekor.

Alergi kutu boleh menyebabkan kulit pada ekor keradangan. Jangkitan kulit dari punca yang lain juga boleh memberi kesan kepada ekor. Ekor kucing yang panjang lebih mudah untuk cedera. Beri perhatian dengan sepenuhnya pada ekor kucing anda, jika ia tidak mampu menggerakkan ekor, menyeret ekor atau anda boleh lihat ada kecederaan pada kulit ekor, sila bawa kucing anda ke veterinar dengan kadar segera. Jangna tangguh kerana ekor kucing mempunyai banyak saraf dan jika berlaku kecederaan di ekor, kucing anda tersangatlah dalam kesakitan.

4. Ada kucing yang tidak mempunyai ekor

Kucing yang lahir tanpa ekor tidak akan tahu rasanya memiliki ekor. Otak mereka berkembang tanpa kehadiran input sensori dari ekor, namun kita tahu yang ekor mempunyai banyak fungsi dalam keseimbangan dan kesejahteraan psikologi.

Kadangkala kecederaan atau penyakit akan memerlukan pemotongan ekor pada kucing dan mereka menyesuaikan diri dengan baik sahaja. Veterinar boleh membantu anda apa yang perlu dilakukan mengenai isu kesihatan yang berkaitan dengan ekor kucing anda jadi jangan malu bertanya.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment