3 Tips Penjagaan Telinga Kucing Anda

Sama seperti manusia, telinga kucing juga memerlukan penjagaan khas untuk melindungi dari jangkitan dan penyakit lain.

Tidaklah sukar mana pun untuk menjaga telinga kucing anda tapi bagus untuk mengetahui beberapa kunci tip untuk menjaganya supaya sentiasa bersih dan sihat.

1. Membersih

Bersihkan telinga kucing anda untuk kekalkan kesihatan telinganya. Terdapat beberapa cara untuk membersihkan telinga kucing dan beberapa produk berbeza yang anda boleh gunakan. Apa yang terbaik untuk kucing perlulah disyorkan oleh veterinar kerana mereka lebih tahu apa yang selamat dan lebih efektif.

Anda disyorkan untuk membersihkan telinga kucing anda sekali seminggu kecuali terdapat jangkitan atau penyakit lain yang memerlukan rawatan.

Untuk kesihatan telinga yang maksimum pembersihan sekali seminggu sudah memadai untuk membuanh segala kekotoran.

2.  Memeriksa

Pemeriksaan telinga di rumah boleh mengesan jangkitan awal sekiranya ia berlaku dan membolehkan rawatan lebih cepat dan selesakan kucing anda. Jangkitan telinga boleh jadi sangat sakit dan penting untuk anda mempercepatkan rawatan. Sebelum anda membersihkan telinga setiap minggu, anda boleh memeriksa sebanyak mana kekotoran dan serpihan hitam yang ada di dalam telinga kucing. Jika anda perasan serpihan tersebut semakin banyak ia menandakan yang telinga kucing anda dijangkiti kutu telinga.

3. Kawalan diet

Semasa membersihkan telinga anda dari kekotoran, ada juga kucing yang mempunyai alergi yang menyerang telinga. Seperti contoh, jika kucing snds alergi kepada daging lembu, jika memakan dengan terlalu banyak boleh menyebabkan jangkitan telinga yang teruk.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment