3 Cara Mudah Untuk Menjaga Kebersihan Gigi Kucing Anda

Kesihatan gigi penting dalam kesihatan keseluruhan kucing anda dan tidak patut diendahkan.

Walaubagaimanapun ada pemilik kucing yang agak malas mengenai hal-hal pergigian kucing ini kerana beranggapan ia tidak penting. Ini adalah kerana mereka tidak menyedari risikonya penyakit yang muncul sekiranya gigi kucing anda tidak dijaga.

1. Berus gigi kucing

Memberus gigi adalah salah satu cara yang paling berkesan dalam mengelakkan penyakit berkaitan pergigian dan kerosakan gigi. Malangnya ia tidaklah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

Jangan mudah putus asa jika pertama kali memberus gigi tidak berjaya dilakukan dengan mudah. Banyak kucing memerlukan masa yang lama untuk membiasakan diri dengan rutin baru ini. Pilih berus gigi yang betul dan khas untuk kucing.

Dengan memberus gigi dapat menghalang pembentukan plak dan tartar dan memastikan kesihatan gigi kucing anda tiptop! Disyorkan memberus gigi kucing setiap hari untuk kesihatan gigi yang maksima, tapi sekali atau dua kali seminggu pun sudah memadai.

2. Gunakan Dental Treats

Dental treats yang berkualiti sangat memberi kebaikan kepada kesihatan gigi kucing anda secara menyeluruh. Diperbuat secara khas untuk membersihkan gigi kucing anda secara efektif seperti memberus.

Apabila kucing mengunyah treats tersebut, ia mengeluarkan plak dan tartar pada gigi kucing. Ia juga diperbuat dari bahan-bahan untuk mengelakkan pertambahan plak dan tartar di kemudian hari dan menjadikan nafas kucing anda lebih segar.

3. Berikan makanan yang berkualiti

Dengan memberikan makanan yang berkualiti tinggi, makanan yang sihat adalah cara yang paling terbaik untuk menjaga kesihatan mulut kucing anda. Apabila tubuh kucing anda cukup nutrisi ini bermakna gigi kucing anda akan lebih kuat.

Elakkan bahan seperti bijirin, bahan tambahan (by-product) dan makanan yang bukan hanya tidak sihat malah akan melekat pada gigi kucing anda. Makanan berkualiti rendah akan meningkatkan pengumpulan plak dan tartar serta memastikan kesihatan gigi dan fungsi sistem imun kucing berada di tahap yang rendah kerana kekurangan nutrisi.

Keseluruhan makanan dengan bahan semulajadi juga selalunya mengandungi enzim dan suplemen lain yang membantu memecahkan pengumpulan bahan perosak di dalam gigi kucing, namun walaupun kucing yang diberikan diet semulajadi juga perlu diberus gigi dan diperiksa giginya secara berkala.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment