2,200KG Makanan Dijatuhkan Dari Pesawat Untuk Haiwan-Haiwan Yang Kebuluran

Ada beberapa haiwan yang berjaya melepaskan diri dari kebakaran hutan di Australia namun ada di antara haiwan-haiwan ini berada di luar habitat semulajadi mereka dan kini haiwan-haiwan ini semua kebuluran.

Untuk membantu haiwan-haiwan yang berada di dalam krisis ini, kerajaan New South Wales Australia sudah mengarahkan pesawat-pesawat untuk menjatuhkan ribuan kilogram makanan untuk diberikan kepada haiwan liar yang kebuluran ini.

Menurut Matt Kean, Menteri Persekitaran New South Wales,

“Walabis selalunya berjaya menyelamatkan diri dari kebakaran ini dengan sendirinya dan kemudian ditinggalkan dengan hanya sedikit makanan semulajadi sedangkan kebakaran itu sendiri banyak memusnahkan sayur-sayuran dan tanaman di sekitar habitat mereka yang berbatu.”

Operasi yang dinamakan “Operation Rock Wallaby” dan bermatlamat untuk membantu populasi walabis batu berekor berus yang sudah pun dianggap sebagai satu spesis yang terancam dengan makanan seperti lobak dan ubi keledek.

Sebanyak 2,200kg sayuran segar sudah pun dijatuhkan dan New South Wales National Parks and Wildlife Service sudah pun menjatuhkan makanan di beberapa taman negara dan kawasan yang mempunyai haiwan yang memerlukan bantuan.

Inisiatif ini fokuskan untuk membantu walabis batu dalam proses kesembuhan selepas kebakaran hutan selepas hampir 1.25 juta haiwan yang mati kerana kebakaran tersebut.

Ramai netizen yang tersentuh dengan usaha pihak kerajaan yang menggunakan pesawat mereka untuk membekalkan makanan kepada kehidupan liar yang semakin terancam populasinya.

Diharapkan kesemua hidupan liar Australia banyak yang dapat diselamatkan dan krisis ini akan berakhir secepat yang mungkin.

Suka kucing dan haiwan lain? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment