20 Baka Kucing Yang Termahal Di Dunia

Pernah terfikir tak baka kucing mana yang paling mahal di dunia?

Jom kita lihat 20 senarai baka kucing yang termahal menurut laman web kittentoob. Anda mungkin terkejut mengetahui nilai baka kucing yang paling termahal di dunia.

20. Ocicat (RM3,200)

Rupa kucing ini yang seakan kucing liar yang menjadi keunikan baka ini namun kucing ocicat langsung tidak mempunyai DNA dari kucing liar.  Terdapat 12 warna kucing ocicat dan kucing ini dikenali dengan mata berbentuk kacang badam dan corak bulunya yang berwarna gelap.

19. Norwegian Forest Cat (RM3,200)

Baka kucing yang berasal dari Eropah ini mempunyai bulu yang sangat tebal dan panjang serta kalis air untuk menyesuaikan cuaca sejuk di persekitarannya. Baka kucing ini terkenal di Norway, Perancis, Sweden, dan Iceland.

18. Egyptian Mau (RM3,200)

Egyptian Mau adalah salah satu kucing domestik berbintik semulajadi. Walaupun namanya dan asal usul kucing ini dikatakan di Mesir, namun kajian menunjukkan kucing ini sebenarnya berasal dari Eropah dan Amerika Utara.

17. Kucing siam (RM3,200)

Kucing siam adalah salah satu baka kucing dari Asja yang dikenali seluruh dunia. Menjelang abad ke 19 kucing siam menjadi salah seekor kucing yang paling popular di Eropah dan Amerika Utara.

16. Korat (RM3,200)

Kucing korat berasal dari Phimai Thailand dan merupakan salah seekor baka kucing tertua yang stabil. Di Thailand kucing korat dikatakan membawa nasib baik dan seringkali dihadiahkan kepada pasangan baru kahwin. Kucing korat dikenali dengan mata besar yang berwarna hijau.

15. Selkirk Rex (RM3,200)

Kucing Selkirk Rex dikenali dengan bulunya yang kerinting. Baka ini pertama kali dibiakkan di Montana, Amerika Syarikat pada tahun 1987 oleh pembiak kucing bernama Jeri Newman. Dia menamakan kucing ini Selkirik bersempena nama ayahnya. Menjadikan kucing ini hanya satu-satunya baka kucing yang dinamakan bersempena nama manusia.

14. Kucing Siberia (RM3,200)

Berasal dari Russia kucing domestik ini sudah lama wujud namun hanya dikenali dan diterima serata dunia pada hujung tahun 80an. Hampir menyerupai kucing Norwegian Forest dan berkongsi banyak ciri-ciri yang sama.

13. American Shorthair (RM3,600)

Kenal model kucing whiskers tu? Ha ni la baka kucingnya. Pada tahun 2012, kucing baka ini merupakan kucing ketujuh yang paling popular di Amerika Syarikat.

12. British Shorthair Cat (RM4,000)

Siapa tak kenal baka kucing ni kan? Muka tembam dan bulat adalah ciri-ciri yang paling menyerlah. Kucing BSH didatangi dengan pelbagai warna bulu namun yang paling popular adalah kucing berwarna kelabu kebiruan dengan mata berwarna tembaga.

11. Ragdoll (RM4,400)

Kucing ragdoll dikenali dengan bulunya yang semi panjang serta lembut dan bersinar. Kucing ini dinamakan sebagai ragdoll kerana mereka seperti patung yang lembek apabila dipegang. Kucing baka ini sangat popular di Amerika Syarikat dan di UK.

10. American Wirehair (RM4,800)

Baka kucing ini merupakan salah satu baka kucing yang rare di dunia. Baka ini merupakan mutasi spontan kucing Amerika Shorthair dan mutasi ini pertama kali berlaku di Vernon, New York pada tahun 1966. Fizikalnya sama seperti kucing American Shorthair cuma bulunya berpusing-pusing halus seperti spring.

9. American Curl (RM4,800)

American Curl adalah baka kucing yang juga terhasil dari mutasi spontan. Berasal dari Lakewood, California pada 1981 dan dikenali kerana telinga mereka yang berpusing.

8. Sphynx (RM4,800)

Sudah tentu kucing ini dikenali kerana kucing yang tidak berbulu. Kulitnya sangat lembut apabila dipegang. Kucing baka ini dikatakan sangat bijak, penyayang, sifat ingin tahu dan bertenaga.

7. Scottish Fold (RM6,000)

Kucing ini berasal dari Scotland dan pada mulanya diberi nama kucing lop eared sehinggalah pada tahun 1966 nama scottish fold diperkenalkan. Seperti namanya itu kucing ini mempunyai telinga yang terlipat. Bentuk telinganya itu merupakan hasil dari mutasi genetik. Kadangkala kelihatan seperti kucing yang tidak mempunyai telinga.

6. Russian Blue (RM6,800)

Dipercayai baka kucing ini berasal dari Arkhangelsk di Russia. Walaupun namanya Blue (biru), kucing ini didatangi dengan pelbagai warna kelabu dari kelabu perak sehinggalah kelabu gelap. Kucing Russian Blue dikatakan mempunyai jangka hayat yang panjang (boleh hidup sehingga 20 tahun) berbanding kucing lain.

5. Peterbald  (RM10,000)

Peterbald adalah baka kucing Rusia yang berasal dari St. Petersburg. Pertama kaki dicipta pada tahun 1994 oleh pembiak bernama Olga S. Mironova semasa program eksperimen pembiakan. Kucing ini dikenali kerana rupanya yang agak unik. Kucing baka ini mempunyai gen keguguran bulu jadi mereka boleh dilahirkan sama ada botak mahupun berbulu.

4. Kucing Parsi – (RM12,000)

Kucing Parsi berasal dari Iran yang dahulu dikenali sebagai Parsi. Di Timur Tengah kucing ini juga dikenali sebagai kucing Iran dan di Iran kucing ini dipanggil kucing Shirazi.

3. Bengal (RM20,000)

Kucing bengal adalah hasil pembiakan silang kucing domestik dengan kucing hutan iaitu kucing Asian Leopard. Kucing bengal generasi pertama selalunya disimpan untuk pembiakan kerana sifat mereka lebih liar berbanding generasi seterusnya. Kucing bengal yang dijual selalunya kucing bengal yang sudah generasi keempat kerana sifat liar tersebut sudah berkurangan.

2. Savannah (RM100,000)

Baka kucing hybrid ini sama seperti kucing bengal yang merupakan hasil dari pembiakan silang kucing domestik dengan serval yang merupakan kucing liar Afrika. Ia pertama kali dibiakkan oleh Judee Frank yang membiakkan kucing siam dengan kucing serval. Saiz kucing Savannah bergantung kepada jantina dan generasinya. Selalunya generasi pertama jantan adalah yang terbesar.

1. Ashera (RM500,000)

Baka kucing yang paling termahal adalah kucing Ashera. Seperti kucing Savannah, baka kucing ini adalah kucing hybrid yang merupakan hasil pembiakan silang kucing dokestik dengan kucing serval. Bezanya adalah bagi kucing Ashera, kucing African Leopard juga dicampurkan dalam pembiakan campur ini. Ini menjadikan kucing Ashera kucing yang paling rare dan baka kucing yang paling diidamkan (not for me).

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment