14 Tanda Kucing Anda Dalam Diam Marahkan Anda

Rasa-rasa kucing anda berbunyi purring kerana ia gembira melihat anda?

Tidak selalunya…. Kucing adalah pakar dalam memberikan mesej yang bercampur aduk. Dan ini caranya untuk memahami kucing anda.

1. Tengok anda dari jauh

Agak sukar untuk mengetahui jika kucing anda menjauhkan diri kerana ia sedih atau saja saja, ini adalah kerana kucing merupakan haiwan yang tidak boleh dijangka. Namun sekiranya kucing anda kerap menjauhkan diri dari anda apabila selalunya ia bermain dengan anda, ini menunjukkan yang kucing anda marah, ketakutan atau gelisah kata Michael Rueb, seorang pakar tingkahlaku kucing dan pengarah operasi untuk National Cat Protection Society. Kucing anda menjaga jaraknya apabila mereka keliru dengan suara kuat yang tiba-tiba, pergerakan yang cepat atau bau yang tidak dikenali pada anda. Penyelesaiannya? Biarkan sahaja kucing anda menenangkan diri. Ia akan kembali elok apabila ia sudah bersedia.

2. Menderam kepada anda

Anda rasa anjing sahaja yang menderam? Jadi anda tidak pernah melihat kucing yang sedang marah. Kucing juga menderam sekiranya mereka tidak selesa. Jika kucing anda sering menderam, berikan ruang kepada kucing anda kemudian mula lakukan perhubungan yang positif seperti beri makan, bermain, merapi atau bercakap dengan perlahan.

3. Berikan anda ‘pandangan’ itu

Pandangan apa? Jika anda pemilik kucing anda tidak perlu bertanya pun. Kucing pakar dalam menunjukkan perasaan melalui mata mereka.

“Kucing mudah untuk merengus sekiranya rutin mereka diganggu, seperti anda terlambat memberi makan,” kata  Kac Young, PhD, penulis The One Minute Cat Manager.

Penyelesaiannya sudah jelas: Kucing adalah haiwan yang sukan rutin jadi kekalkan hanya pada satu jadual sahaja dan jangan ubah.

4. Tidak mahu main permainan kegemarannya

Permainan boleh jadi punca kucing anda marah.

“Kucing mudah bosan dengan permainan yang sama jadi penting untuk mencampurkan permainan tersebut dengan sedikit catnip”, kata Young.

“Kucing perlukan banyak stimulasi kerana secara semulajadinya ia adalah haiwan yang suka memburu dan sangat sukakan permainan kejar dan tangkap.” 

5. Sembunyi dan tidak mahu keluar

“Bersembunyi adalah salah satu tanda yang kucing anda tidak gembira atau takut kepada anda atau beberapa situasi,” kata Amy Shojai, penasihatan tingkahlaku haiwan yang sah serta penulis ComPETability: Solving behavior problems in your multi-cat household.

Jangan paksa kucing anda keluar atau menarik kucing anda keluar. Bersembunyi adalah tindakan refleks untuk kucing berasa selamat dan jika anda memaksanua untuk bersosial sebelum ia bersedia, ia mungkin menjadi agresif.

6. Tiba-tiba mengembang

Kucing yang sedang marah selalunya akan mengembangkan  bulunya. Ini memberikan penampilan kucing tersebut lebih besar dan lebih menakutkan. Jangan belai kucing anda ketika ini. Berikan ruang dan masa kepada kucing anda atau tidak anda akan digigit atau dicakar.

7. Telinga ke belakang

Ini adalah tanda yang jelas kucing anda sedang marah. Jangan risau anda hanya perlu menjauhkan diri dan beri masa dan ruang kepada kucing anda.

8. Membuang najis di katil anda

“Membuang di katil anda adalah tanda tipikal kucing anda berasa kegelisahan perpisahan,” kata Shojai.

Walaupun kelihatan seperti kucing anda marah dan lepaskan kepada anda, sebenarnya kucing anda menggunakan baunya sendiri untuk melegakan kegelisahannya.

9. Gigit anda apabila dibelai

“Pernah tidak kucing anda menggigit apabila dibelai? Tingkahlaku ini dipanggil ‘pencerobohan belaian’ dan ia adalah normal,” kata Shojai.

 “Gigitan ‘jangan ganggu saya’ ini tidak bermaksud kucing anda sedang marah tapi ia mahukan kawalan dalam interaksi ini dan jika belaian tersebut berjalan dengan lama akan terlebih stimulasikan kucing anda,” jelasnya.

10. Ekor bergerak-gerak seperti mengipas

Salah satu tanda yang jelas kucing anda sedang marah adalah anda boleh lihat ekornya ke bawah dan mengipas kiri ke kanan kata Emily Parker pakar tingkahlaku kucing di  Catological.

“Bila-bila anda melihat ekor kucing anda bergetar-getar, berhenti dari apa yang anda lakukan, berikan ruang dan undur seketika sehinggalah kucing anda bertenang,” jelasnya.

11. Kencing di kain baju anda yang baru dibasuh

Kucing anda tidak pernah buat pasal dari ia kecil dan kini tiba-tiba ia kencing merata-rata? Ini pastinya tanda yang ia sedang stress, kata Lina Campbell, juruteknik veterinar yang berdaftar pakar dalam tingkahlaku di Humane Society of Missouri. Ini sering terjadi di permukaan lembut seperti longgokan kain baju yang baru dibasuh, sofa atau katil anda. Penting untuk menangani masalah ini seawal yang boleh sebelum ia menjadi kebiasaan. Berbincang dengan veterinar jika anda perlukan bantuan untuk memberhentikan tingkahlaku ini.

12. Menolak makanan kegemarannya

Apabila kucing bersedih ia mungkin kurang makan atau tidak mahu makan langsung, kata Campbell. Selalu ini adalah reaksi kepada situasi baru yang tidak dikenali kucing, perubahan rutin atau berlaku kenduri kendara di dalam rumah atau kelahiran bayi baru di dalam rumah. Perhatikan kucing anda dengan lebih teliti kerana ia juga merupakan tanda-tanda kucing anda dalam kesakitan. Jika kucing anda tidak mahu makan lebih dari sehari atau dua hari, bawa ke veterinar untuk pemeriksaan.

13. Berbunyi purring

Kucing berbunyi purring kerana ia gembira kan? Tidak semestinya. Berbunyi purring juga boleh menunjukkan yang kucing anda gelisah, takut dan agresif.

14. Jadi ‘wolverine’ dan menyerang perabot anda

Tiada apa yang lebih menyebalkan lebih dari kucing yang lihat anda tepat pada mata, mengeluarkan kukunya dan menyerang perabot kulit anda. Selain dari pencerobohan atau kemarahan, ia lebih disebabkan kucing anda menanda kawasannya, kata Karen Miura, seorang komunikator haiwan di Whispers For Animals.

“Kucing merupakan haiwan yang sangat menjaga kawsan dan ini selalunya punca setiap masalah tingkahlaku kucing yang saya bantu,” jelasnya.

“Kucing melihat rumah dan laman sebagai kerajaannya, jadi tindakan seperti kesan cakar pada perabot dan menyembur urin pada dinding adalah garisan sempadannya.”

Karen mengesyorkan untuk menggunakan penyembur feromon kucing untuk membanti kucing bertenang dan menyelamatkan perabot anda.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment