12 Baka Kucing Yang Unik dan Rare Kita Tak Tahu Pun Kewujudannya

Antara semua baka kucing yang ada di dunia ni yang manakah yang rare? Mengikut Cat Fanciers’ Association, semua salasilah kucing boleh dianggap sebagai rare.

Namun apabila pencinta kucing mudah untuk mengenali kucing siam atau akan memilih kucing parsi antara semua kucing, karakteristik yang exotik lebih menarik perhatian untuk menjadi kucing yang rare. 

Namun rare atau tidak semua kucing kat dunia ni semua istimewa di hati pencinta kucing. Kan kan kan? Ke uols suka yang gebu gebu sajer.

1. Peterbald

Kredit gambar: Happy Cat Sites

Sama seperti kucing yang tidak berbulu Sphynx, baka kucing peterbald ini dibangunkan di Rusia pada tahun 1994. Baka kucing ini pada awalnya dilahirkan ia mempunyai bulu yang sedikit namun lama kelamaan akan gugur dan menjadi kucing yang sangat elegan dan cantik. Kucing peterbald ini sangatlah sweet dan penyayang dan cara penjagaannya sama seperti kucing sphynx. Corak yang ada pada mereka seakan akan kucing oriental shorthair dan kucing yang super rare ini didatangi dengan pelbagai warna dan corak.

2. Ojos Azules

Sama seperti maksud namanya, kucing baka ini dinamakan kerana mata yang berwarna biru. Apa yang membuatkan baka ini unik dan rare kerana kucing jenis ini kebanyakannya bulu berwarna gelap atau perang namun mempunyai mata bewarna biru. Kebanyakan kucing berwarna biru kan mempunyai bulu bewarna putih. Populasi baka ini sangat kecil dan kucing baka ini tidak mempunyai ciri ciri yang dikenali. Baka kucing ini ditemui di Mexico pada tahun 1984.

3. Kurilian Bobtail

Kredit gambar: Wikicat

Baka kucing yang mempunyai ekor seperti pom-pom ini wujud secara semulajadi dan tidak melalui proses pembiakan yang dipilih. Berasal dari Pulau Kuril, baka kucing ini lebih popular di Russia dan sebahagian Eropah, dengan sedikit dijumpai di Amerika Syarikat. Kurilian Bobtail ini merupakan baka yang cerdik dan dikenali dengan kucing yang berdikari dan sweet. Baka kucing ini berkongsi ciri ciri yang sama seperti baka Japanese Bobtail namun Kurilian Bobtail ini lebih gempal dan struktur wajah lebih lebar. Baka kurilian bobtail ini merupakan pemburu yang bagus di dunia liar dan uniknya baka kucing ini sukakan air.

4. Sokoke

Kredit gambar: Dogalize

Baka sokoke juga datang dari pembiakan semulajadi dengan asal usulnya berasal dari Kenya ribuan tahun yang lalu. Kucing baka ini katakan sangat tenang dan mudah bergaul, dikenali oleh penduduk Kenya sebagai kucing liar yang bebas berkeliaran.

5. Serengeti

Kredit gambar: My Fav Pet

Kucing serengeti wujud pada pertengahan tahun 1990 apabila gabungan kucing Bengal dan oriental shorthair. Walaupun baka kucing ini masih rare, kucing baka ini meningkat popular kerana kepekaannya, mudah bergaul dan personalitinya yang ceria. Dengan bulu panjang dan corak bertompok, kucing baka ini menyerupai kucing liar Afrika.

6. Napoleon

Kredit gambar: Dogalize

Baka kucing yang terhasil dari gabungan baka Munchkin dan Parsi, baka kucing napeleon merupakan kucing yang sangat gebu, kecil dan bulunya sangat lembut apabila disentuh. Walaupun kucing ini berasal dari kucing parsi, namun ia tidak mewarisi sifat hidung penyet seperti kucing parsi.

7. Burmilla

Kredit gambar: Cats Place

Hasil daripada gabungan kucing parsi chinchilla dan kucing burma, kucing baka burmilla ini terjadi secara tidak sengaja di UK pada lewat tahun 80an. Walaupun kedengaran seperti mengarut baka kucing ini ditemui apabila seorang janitor membuka pintu dan menemui dua kucing iaitu kucing parsi dan kucing burma. Kemudian pasangan kucing ini mendapat anak yang tersangatlah comel lalu terjadilah baka kucing burmilla ini. Kucing Burmilla terkenal kerana mempunyai mata seperti bercelak.

8. Minskin

Kredit gambar: Cats Place

Minskin adalah hasil gabungan dari kucing baka sphynx dan kucing baka munchkin. Disebabkan asal usul kucing sphynx, kucing baka minskin tidak mempunyai bulu dan saiznya yang kecil berasal dari baka munchkin. Kucing baka tidak berbulu ini dikenali dengan sifatnya yang peramah dan saiznya yang kompak.

9. Ragamuffin

Kredit gambar: Vet street

Dengan mata yang besar dan bulu yang lembut seperti arnab, kucing baka ragamuffin ini berasal dari kucing jalanan dan tidaklah sepopular baka ragdoll namun memiliki karakteristik yang sama. Cuma ragamuffin mempunyai warna bulu yang lebih menyerlah. Bulu ragamuffin sangatlah mudah untuk diurus tidak mudah untuk bersimpul. Dikenali dengan saiznya yang besar, tulang yang berat dan kuat, ragamuffin mempunyai warna yang pelbagai berbeza dari ragdoll.

10. La Perm

Kredit gambar: Cat guide

Permulaannya yang sangat biasa pada tahun 1982 kucing LaPerm yang pertama bernama Curly merupakan kucing yang bangsal. Bulu baka kucing ini lembut dan beralun seperi bulu anjing poodle. Curly menurunkan ciri ciri bulu kerinting kepada anak anaknya lalu baka LaPerm ini semakin meningkat. Pada awal kelahiran kucing LaPerm ini botak namun lama kelamaan bulu kerinting akan mula tumbuh. Bulu LaPerm ada yang pendek dan ada juga yang berbulu panjang.

11. Balinese

Kredit gambar: Catster

Seperti kucing siam namun bulunya lebih panjang. Baka ni unik kerana memiliki rangka elegan seperti kucing siam dan memiliki bulu yang panjang. Anak kucing balinese selalunya tidak memiliki bulu yang panjang. Walaupun memiliki ciri ciri yang sama seperti kucing siam, kucing balinese tidak terlalu vokal seperti kucing siam.

12. Bombay

Kredit gambar: Pix feeds

Keinginan untuk memiliki versi miniatur seekor harimau kumbang lalu terjadilah gabungan kucing hitam baka Amerika shorthair dengan kucing burma berwarna gelap pada awal tahun 50 an. Dengan rangka badannya yang anggun dan berwarna hitam, kucing bombay tersangatlah serupa dengan harimau kumbang yang menjadi inspirasi kepada baka ini. Kucing bombay hampir menyamai dengan kucing burma namun berbeza dari rangka badan, kepanjangan kaki dan bulunya yang hitam pekat. Kucing bombay terkenal kerana bulunya yang hitam bersinar dan warna mata seperti warna tembaga.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment