11 Perkara Yang Anda Perlu Ketahui Mengenai Kucing Munchkin

Siapa tak kenal kucing Munchkin kan?

Kucing berkaki pendek, telinga berbentuk segitiga mata yang besar sudah cukup menawan hati semua pencinta kucing. Tidak dilupakan juga kewujudan baka kucing ini menyebabkan sedikit kontroversi dalam dunia kucing.

1. Berkaki pendek dan sweet

Kucing Munchkin adalah kucing bersaiz sederhana yang sama sahaja seperti kucing lain kecuali kakinya yang pendek ini. Kaki kucing Munchkin terjadi kerana mutasi genetik.

2. Kucing kaki pendek yang penuh kontroversi

Kenapa kontroversi? Hanya Persatuan Kucing Antarabangsa (The International Cat Association (TICA)) yang mula perakui baka kucing in pada tahun 1995. Ada yang percaya pembiakaan kucing Munchkin tidak etika kerana menggalakkan pembiakan kecacatan fizikal, jadi sehingga kini kucing Munchkin masih tidak diperakui oleh Persatuan Peminat Kucing (Cat Fanciers Association (CFA)) dan Persatuan Peminat Kucing Amerika (American Cat Fanciers Association).

3. Tidak mempunyai isu kesihatan yang banyak pun

Pakar mengatakan kucing Munchkin memerlukan bil rawatan yang rendah sahaja. Selain dari kaki mereka yang pendek itu, yang disebabkan oleh gen dominan autosomal (menyebabkan tulang panjang pada kaki kucing mengecil), kucing ini tiada bezanya dari kucing domestik yang lain.

4. Bagaimana terjadinya kaki pendek ni?

Kejadian kucing Munchkin harini adalah disebabkan kejadian yang berlaku pada tahun 1983 di Louisiana di mana seorang cikgu muzik bernama Sandra Hochenedel menyelamatkan dua ekor kucing Munchkin dari anjing Bulldog, rupa-rupanya kedua-dua ekor kucing tersebut sedang bunting.

Sandra membela seekor yang dinamakan Blackberry. Apabila Blackberry melahirkan anak-anak, Sandra memberikan seekor anak kucing kepada kawannya Kay LaFrance yang bekerja bersama Solveig Pflueger, Pengerusi Jawatankuasa Genetik TICA untuk mengetahui mengenai baka kucing ini dan menjadikan ianya baka kucing yang diperakui seluruh dunia.

5. Nama Munchkin ada kena mengena dengan cerita The Wizard of Oz

Kay LaFrance memulakan koloni kucing Munchkin di ladangnya di Louisiana. Apabila kucing-kucing ini semua membiak, bandar tersebut dipenuhi dengan kucing Munchkin sehingga menyerupai munchkin-munchkin dari penulisan L.Frank Baum itu.

6. Lompatan yang rendah sahaja

Kaki yang pendek itu boleh melompat namun ada hadnya.

7. Walaupun kaki pendek, tapi laju

Kekuatan sebenar kucing Munchkin adalah kelajuan. Kucing ini mempunyai jumlah tenaga yang banyak dan digunakan sepenuhnya untuk kelincahan dan kepantasannya berlari.

8. Dikenali dengan sifatnya yang suka mencuri dan mengumpul barang

Ada beberapa kucing Munchkin suka megambil barang-barang yang ada di dalam rumah, lebih-lebih lagi barangan yang berkilat dan menyimpan barangan tersebut di tempat penyembunyian nya. Macam sorok harta karun gitu.

9. Macam arnab

Kucing Munchkin selalu dilihat duduk macam arnab untuk melihat sesuatu dengan jelas atau melihat sesuatu yang menarik perhatian mereka.

10. Suka dibelai

Kucing Munchkin sangat sukakan peneman tidak kiralah kanak-kanak, haiwan lain, mahupun orang yang tidak dikenali. Mereka tidak kisah dibelai tanpa henti.

11. Sangat ingin tahu

Walaupun kesemua kucing ada sifat ingin tahu, tahap ingin tahu kucing Munchkin ini betul-betul pada tahap yang lain. Kucing Munchkin boleh dan akan meneroka setiap pelusuk sudut rumah anda lebih dari sekali.

Suka dengan apa yang anda baca? Suka kucing dan suka haiwan lain jom like The Mamamiaow

Leave a comment