Saban hari munculnya baka kucing baru setiap masa.
Ada setengahnya muncul disebabkan berlakunya mutasi yang tidak sengaja dan ada yang muncul hasil dari kerja yang panjang dan berhati hati dalam pembiakan baka kucing. Bulu pendek, botak, mata kunig, kucing yang kelihatan seperti harimau dan harimau bintang dengan telinga berlipat dan kaki pendek— para pembiak boleh jadi kreatif juga kadang kala.
1. American Wirehair
Bulu kucing jenis baka ini kelihatan serabut seperti wayar sebab itulah ia dinamakan sebegitu. namun faktanya ia lembut seperti bulu kucing biasa. Baka kucing ini tidak diberus setelah dimandikan untuk mengekalkan struktur dan kecantikan bulu mereka. Baka kucing ini sangat ingin tahu dan patuh dan senang untuk adaptasi terhadap sebarang perubahan.
2. Nebelung
Baka kucing ini asalnya dari baka kucing Russian blue. Anak kucing Nebelung boleh jadi sangat agresif terhadap orang yang tidak dikenali namun sangat baik terhadap tuannya. Baka kucing ini juga memiliki suara yang sangat perlahan.
3. Minuet
Baka kucing ini berasal dari baka kucing Munchkin gabungan dengan baka kucing Parsi. Kucing jenis ini tidak memerlukan penjagaan yang spesifik dan kecerdikan mereka sangat tinggi dan tidak agresif menjadikan kucing baka ini sangat ideal untuk dijadikan haiwan peliharaan.
Pada awalnya kucing baka ini digelar Napoleon kerana pendek seperti Napoleon Bonaparte.
4. Chantilly-Tiffany
Baka kucing ini mempunyai bulu yan gpanjang seakan sutera dalam warna coklat dan mempunya mata berwarna kuning. Baka kucing ini sangat pandai, peramah dan mempunyai tingkahlaku yang terbaik terhadap kanak kanak. Kucing jenis ini tidak memerlukan banyak sangat penjagaan yang istimewa cuma perlukan penjagaan yang rapi terhadap bulu panjangnya.
5. Foldex cat
Baka kucing ini kelihatan seperti anak patung. Baka kucing ini merupakan gabungan baka kucing British Shorthair, Scottish Fold dan kucing Parsi. Kucing jenis ini mempunyai bulu yang sangat lebat dan agak peramah. Sangat clingy dan tidak mampu hidup tanpa tuannya. Amboi manja nya.
6. Selkirk Rex
Bukan hanya kucing baka LaPerms mempunyai bulu kerinting. Kucing baka ini juga mempunyai bulu kerinting. Kucing baka ini merupakan baka gabungan dari kucing parsi, british dan baka eksotik yang mempunyai gen bulu kerinting yang dominen.
Kucing Selkirk Rex kelihatan seperti beruang kecil dan mereka sangat setia dan baik. Bulu kerinting mereka sangat memerlukan penjagaan yang rapi jika tidak kemungkinan masalah akan timbul.
7. Dwelf
Baka kucing ini merupakan gabungan baka kucing Sphynx, Munckhins dan Curls dan kucin gini memiliki kesemua ciri ciri unik baka kucing tersebut iaitu kucing kecil dengan kaki pendek, telinga berlipat dan tidak memiliki bulu. Kucing baka ini kelihatan seperti makhluk magis. Penjagaan baka kucing ini bukanlah mudah. Baka kucing ini sangat sukakan kehangatan, perlu dimandukan dengan kerap dan mata, hidung dan telinga perlu dibersihkan setiap hari.
8. Kucing Singapura
Kucing singapura adalah kucing yang terkecil di dunia. Mereka mempunyai tahap kesihatan yang cemerlang dan tidak memerlukan penjagaan yang istimewa. Ramai memiliki kucing ini kerana saiznya yang kecil.
BACA JUGA: Fakta Kucing Singapura
9. Lykoi
Kucing baka ini kelihatan seperti serigala jadian (werewolf). Mereka mempunyai bulu berwarna hitam yang unik dan kelihatan seperti bulu possum. Sebabkan kucing baka ini tidak mempunyai bulu di bahagian muka sebab itulah mereka kelihatan seperti serigala jadian. Walaubagaimana rupa mereka kelihatan, kucing baka ini sangat setia dan merupakan haiwan peliharaan yang peramah.
BACA JUGA: Fakta kucing Lykoi
10. Kinkalow
Kucing baka ini mempunyai dua ciri ciri dari gabungan kucing Munchkin dan American Curl. Struktur badan yang agak gempal dan kaki pendek adalah dari kucing munchkin dan telinga berlipat adalah dari kucing baka Curl. Sekarang ini terdapat hanya 100 kucing baka Kinkalow sahaja di dalam dunia ini namun kucing baka ini menjadi semakin popular dari hari ke hari
11. American Ringtail
Baka kucing ini adalah baka baru dan tidak mendapat persetujuan orang ramai lagi mengenai kucing jenis ini adalah sejenis baka. Ekor kucing jenis ini membengkok ke belakang. Kucing jenis ini sangat suka bermain, ingin tahu, suka berkomunikasi dan sangat sukakan air.