10 Tips Untuk Membantu Kucing Kita Hidup Lebih Lama Dan Sihat

Kucing kelihatan seperti haiwan peliharaan yang low-maintenance sehingga kita merasakan jika betul kita sudah lakukan yang terbaik untuk kekalkan mereka gembira dan sihat.

Ada lagi ke perkara yang perlu dilakukan untuk memperkuatkan hidup kucing kita? Dengan informasi dari WebMDPetMDHealth, dan WikiHow, berikut merupakan 9 tips-tips untuk membantu kucing kita hidup lebih lama dan sihat.

1. Indoorkan kucing kita

Sememangnya kucing indoor lebih selamat dari bahaya dunia luar berbanding kucing yang dibiarkan bebas berkeliaran. Tetapi bagi MM, disebabkan kucing adalah haiwan yang bersifat sukakan kebebasan tiada salahnya anda luangkan masa sekejap untuk biarkan kucing-kucing menikmati dunia luar dengan pemantauan ya. Kucing yang meluangkan masa di dunia luar mempunyai jangka hayat selama 2-5 tahun manakala kucing indoor boleh hidup sehingga 15 ke 20 tahun!

2. Kasi dan mandulkan kucing kita

Kucing yang tidak dimandulkan akan sering cuba keluar dari rumah untuk mengawan. Mungkin anda merasakan yang kucing anda perlu melahirkan anak terlebih dahulu sebelum dimandulkan, ketahuilah yang banyakkkkk kucing-kucing yang disuntik mati setiap tahun untuk mengurangkan populasi kucing-kucing di jalanan.

3. Memberus kucing kita setiap hari

Pemberusan secara harian dapat membantu mengurangkan hairball dan keguguran bulu, mengelak dari bulu kusam dan boleh meningkatkan ikatan antara anda dan kucing anda.

4. Sentiasa kekalkan kucing kita terhidrat

Pastikan kucing anda sentiasa mempunyai akses kepada air yang segar dan bersih.

5. Sediakan permainan untuk kucing kita

Kucing mudah bosan dengan permainan mereka, jadi simpan beberapa permainan dan ganti dengan permainan yang lain dari masa ke semasa. Pastikan untuk menggalakkan kucing anda bermain dari menunggu mereka bermain sendiri. Obesiti adalah satu masalah bagi kucing sama seperti manusia jadi masa bermain sangat penting untuk memastikan kucing kita sentiasa sihat.

6. Bersihkan kotak pasir kucing kita setiap hari

Membersihkan kotak pasir secara harian dapat memberi kesan kepada kesihatan kucing kita. Anda juga dapat mengesan sebarang perubahan pada tabiat pembuangan najis atau urin kucing anda seperti, air kencing yang banyak, najis cair atau ada darah. Semakin cepat masalah ini dapat dikesan, semakin cepat anda dapat membawa kucing anda mendapatkan rawatan.

7. Elakkan berikan kucing kita makanan manusia

Kebanyakan makanan manusia termasuklah susu tidak dapat dicernakan dengan baik oleh kucing malah ada yang toksik kepada kucing.

8. Sediakan tempat mencakar untuk kucing anda dan galakkan kucing untuk gunakannya

Tempat mencakar bukan sahaja dapat melindungi perabot anda, tapi dapat memberikan kucing anda sesuatu yang ia boleh miliki sebagai kepunyaannya dan menjadikan mereka lebih selamat di dalam kawasan jajahan mereka sendiri.

9. Perhatikan mata, telinga, gigi dan kaki

Banyak masalah kesihatan dapat dikesan dan ditemui pada kawasan ini sebelum ianya menjadi lebih serius. Dengan pemeriksaan yang kerap, anda boleh kesan yang ada sesuatu yang tak kena pada kucing anda.

10. Sentiasa bawa kucing untuk pemeriksaan kesihatan secara berkala

Bukan penting untuk manusia sahaja, pemeriksaan kesihatan secara berkala pun penting untuk kucing supaya kita sentiasa tahu tahap kesihatan kucing kita.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment