Kucing Anda Banyak Kutu? Ha Jom Basmi Kutu Kutu Dengan 10 Tips Ini

Kucing anda banyak kutu? Sememangnya kutu kucing tidak membahayakan manusia, namun kesian melihat si comel miaowers tergaru-garu, tidak selesa dan menggangu.

Jadi kali ini MM nak kongsi tips yang boleh kita gunakan untuk mengurangkan kutu pada kucing kita. Jom!

1. Kurangkan aktiviti luar rumah

Bab ni agak sukar untuk kucing yang suka menghabiskan masa di luar rumah (outdoor cat).

2. Mandikan kucing

Mandi dapat mengurangkan kutu pada kucing dengan menggunakan air sejuk. Namun agak sukar untuk dilakukan kerana kucing amat takut dengan air sejuk. Namun kutu juga dapat dikurangkan dengan menggunakan shampoo yang mempunyai fungsi menghapuskan kutu. Terlalu kerap menggunakan shampoo kutu juga boleh mengakibatkan kulit kucing anda menjadi kering. Dengan itu jangan lupa untuk beri kucing anda makanan yang tinggi kandungan Omega 3 asid lemak, kerana ia membantu melindungi kulit kucing anda dari mengering.

3. Memberus

Selain mencantikkan bulu kucing anda, dengan memberus kucing juga dapat mengeluarkan kutu kutu yang degil di kucing anda. Fokuskan di kawasan yang kutu sering membiak. Contoh di tengkuk, ketiak dan hujung ekor kucing anda.

4. Bersihkan tempat tidur kucing

Kutu dewasa akan membiak di tempat kucing anda sering tidur, di dasar karpet dan kesemua tempat di mana kucing anda sering duduk.

5. Kerapkan vakum rumah

Semestinya apabila mempunyai kucing, anda dinasihatkan untuk kerap memvakum rumah anda untuk mengurankan gejala kutu.

6. Garam

Taburkan garam di sekitar kawasan yang menjadi tempat pembiakan kutu. Namun begitu, untuk negara yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi tidak sesuai menggunakan garam kerana ia akan menyerap lembapan dan akan menjadikan karpet anda lembab. Cara mudah, vakum saja karpet itu.

7. Kolar Anti Kutu

Daripada guna kolar yang biasa, adalah lebih elok belikan kucing anda kolar yang mempunyai fungsi menghalau kutu. Selalunya kolar kutu yang ada dipasaran boleh digunakan sehingga sebulan sehingga efek penghalau kutu pada kolar tersebut hilang.

8. Rajin membelek kucing anda

Jangan anda tidak tahu, amembelek kucing dan mencari kutu sangat memberi kepuasan kepada pencinta kucing yang sering melakukan aktiviti ini. Ini dikira cara paling biasa dilakukan untuk mengurangkan kutu pada kucing anda.

9. Brewer Yis

Memberi makan kucing anda brewer yeast dikatakan juga dapat mengurangkan kutu. Ini adalah kerana kandungan vitamin B1 (Thiamine) yang terdapat pada brewer yeast dapat dikeluarkan melalui sistem kumbahan kucing seperti peluh dapat menghalau kutu kerana kutu tidak menyukai bau yang dihasilkan oleh thiamine. Brewer yis boleh didapati di mana-mana kedai haiwan.

10. Ubat kutu

Jika terlalu banyak sangat kutu pada kucing anda, bawalah kucing anda ke vet yang berhampiran untuk diberi ubat kutu. Ada juga kedai haiwan yang menjual ubat kutu. Hanya sapu pada leher kucing anda dan sepantas kilat kutu akan m4ti.

p/s kutu kucing dengan hama tidak sama yea. Til next time miaowers!

BACA JUGA: Bagaimana gunakan baking soda untuk menghapuskan kutu

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment