10 Tanda-tanda Yang Menunjukkan Kucing Anda Tidak Sihat

Kucing sememangnya haiwan yang sangat pandai menyembunyikan kesakitannya. Kadang kala pemilik kucing hanya menyedari kucing mereka sakit pun apabila keadaan kucing sudah terlampau teruk.

Tapi ini bukan bermakna pemilik kucing tersebut tidak mempedulikan kucing mereka. Cumanya kucing memang tidak menunjukkan tanda-tanda yang mereka itu sakit. Namun jika kita betul-betul dapat mengesan sebarang perubahan tingkahlaku kucing, kita dapat tahu yang ada tidak kena dengan kucing kita. Jom kita tengok apa tanda-tanda yang menunjukkan bahawa kucing itu tidak sihat dan sebenarnya sakit.

1. Perubahan dalam selera makan

Makan dengan banyak mahupun terlalu sedikit boleh memberi potensi bahawa kucing tersebut tidak sihat. Jika anda perasan sebarang perubahan walaupun sedikit, anda patut bertanyakan kepada veterinary berhampiran. Terdapat banyak penyakit yang menyebabkan makan secara berlebihan atau kurang selera makan. Menjadi tugas veterinary untuk mengesan apa yang tidak kena dengan kucing anda

2. Nafas berbau

Nafas yang berbau dari mulut kucing membawa maksud kucing anda mempunyai masalah gusi dan kerosakan gigi. Memberus gigi kucing anda dapat mengurangkan risiko penyakit ini. Tambahan lagi jika nafas kucing anda berbau seakan akan ammonia, ini menunjukkan kucing anda mempunyai masalah buah pinggang.

3. Kencing/ ber4k di luar kotak pasir

Punca kelakuan ini boleh jadi sebab perubahan tingkahlaku dan juga masalah kesihatan yang melanda kucing anda. Berbincang dengan veterinary anda mengenai perubahan tingkahlaku ini dan gejala yang ada untuk mengesan sekiranya kucing anda mempunyai masalah jangkitan pundi kencing atau pundi kencing tersumbat sebelum menganggap tingkahlaku ini merupakan masalah tingkahlaku semata mata.

4. Perubahan berat badan

Penurunan berat badan merupakan salah satu symptom penyakit tiriod atau paling teruknya kanser. Kucing pun boleh diserang kanser ya. Peningkatan dalam berat badan pula atau perut semakin membuncit juga ada kaitannya dengan penyakit seperti pyometra iaitu keadaan di mana uterus kucing dipenuhi dengan nanah. Obesiti juga menyumbang kepada pelbagai penyakit seperti arthiritis, tumor dan mengurangkan jangka hayat kucing.

5. Perubahan tingkah laku

Jika kucing anda yang selama ini peramah menjadi antisosial, ia mungkin ada kena mengena dengan kesihatannya. Kucing mempunyai penyakit dan sedang dalam kesakitan, akan cenderung untuk menyembunyikan diri.

6. Perubahan dalam merapikan diri

Kucing yang kurang menjilat diri sendiri ataupun grooming juga menunjukkan bahawa kucing tersebut tidak sihat.

7. Perubahan aktiviti

Perubahan aktiviti yang drastik selalunya berlaku pada kucing dalam pertengahan umur ke kucing yang sudah tua boleh menjurus kepada masalah tiriod. Jika kucing anda kurang bersemangat dalam bergerak atau bermain, kucing anda mungkin mempunyai arthiritis atau isu kesihatan yang lain.

8. Perubahan pola tidur

Jika kucing anda dilihat tidur sepanjang hari bila selalunya ia aktif, kucing anda sedang sakit mahupun tidak sihat. Jika kucing anda jarang tidur, berjaga sepanjang waktu juga menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan kucing anda.

9. Tingkahlaku yang menjurus kepada stress

Perubahan yang drastik boleh menyebabkan kucing anda tertekan dan stress kerana kucing lebih gemarkan rutinĀ  yang sama setiap hari. Lakukan perubahan secara sedikit demi sedikit supaya kucing anda tidak terlampau terkejut dan terkesan mengenai perubahan yang dialaminya.

10. Perubahan dalam bunyi

Perubahan bunyi kucing sebenarnya menunjukkan kucing anda mempunyai masalah. Selalunya kucing yang pendiam tiba tiba menjadi sangat suka berbunyi atau sebaliknya, sila bawa kucing anda berjumpa veterinary untuk pemeriksaan kesihatan.

Jika apa yang dinyatakan di atas berlaku secara perlahan mahupun cepat, ini menjadi sebab untuk cepat cepat bawa kucing anda berjumpa veterinar untuk mengetahui apa yang tidak kena dengan kucing anda.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment