10 Tanda-tanda Anda Obses Dengan Kucing Anda

MM sayangkan semua kucing-kucing MM. Siapa tak sayang kucing sendiri kan? Sayangkan kucing ni kadangkala rasa macam obses pula? Apa kata anda?

1. Anda sentiasa memikirkan pasal kucing anda

Walaupun kucing anda berada di depan mata, anda tidak boleh berhenti memikirkan mengenai kucing mereka. Anda jadi tidak keruan sekiranya meninggalkan mereka bersendirian di rumah walaupun hanya satu hari.

2. Kucing anda lebih penting dari perkara lain

Kalau yang bujang tu semestinya kucing lebih penting dari segala-galanya. Tapi bagi MM yang dah berkeluarga ni kucing sama penting macam keluarga MM juga. Setuju tak?

3. Anda tidak berganjak sekiranya kucing anda sedang tidur di riba anda

Anda sanggup tidak berganjak kerana tidak mahu menganggu tidur kucing yang sudah lena di atas riba anda walaupun sudah lebih setengah jam. Lenguh pun lenguh lah!

4. Anda menghabiskan wang untuk kucing dari diri anda sendiri

Yang ni betul… MM pantang kalau masuk kedai barangan kucing. Mainan, treats, makanan, katil semua MM nak beli. Rasa-rasanya kalau kucing ada duit dia pun buat perkara yang sama untuk kita… kan

5. Bakal bf/gf tidak akan lulus sekiranya kucing anda tidak sukakan mereka

Haiwan (lebih-lebih lagi kucing) mempunyai kelebihan mengesan sesuatu seperti contoh kejahatan. Jika kucing anda tidak sukakan teman anda mungkin ada sebabnya. Haha Next!

6. Kucing anda bayi anda

Rasa-rasanya semua pemilik kucing beranggapan seperti ini.

7. Media sosial anda penuh dengan gambar kucing anda

Sampai orang ingat akaun media sosial anda kepunyaan kucing anda!

8. Anda bawa kucing anda ke mana sahaja walaupun pergi bercuti

Tak sampai hati tinggal kucing sementara kita bergembira kan?

9. Anda tak sampai hati nak marah mereka

Walaupun terpijak bebola bulu kat karpet senyum sahaja….

10. Anda berborak dengan kucing anda

Tak cukup cat lover la kalau tak berborak dengan kucing macam kucing tu faham. Tapi sebenarnya kucing faham ya cuma dorang ni tak boleh nak bercakap sahaja.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment