10 Sebab Kenapa Kucing Ada Misai

Tidak kira jantan atau betina kedua-duanya memiliki misai…

Tidak seperti lelaki yang boleh ditumbuhi misai dan janggut dan boleh berfesyen, misai kucing bukanlah untuk kucing berfesyen.

Juga dipanggil vibrissae atau ‘bulu tactile’, misai kucing tertanam di dalam tubuh mereka. Misai kucing adalah satu corak yang tumbuh dalam bentuk garisan menegak di sepanjang muncung kucing, di antara bahagian atas bibir serta hujung luaran hidung. Misai kucing sememangnya satu bentuk fizikal yang penting bagi seekor kucing.

Bukan kucing sahaja haiwan yang memiliki misai. Anjing, primar dan mamalia yang lain juga memiliki misai untuk membantu mereka mengesan bahaya pada waktu malam.

Untuk artikel kali ini kita akan mengetahui 10 sebab kenapa kucing mempunyai misai dan bagaimana ia berfungsi.

1. Alat sensori

Misai adalah sebab kenapa kucing boleh lihat di dalam kegelapan. Berbeza dengan manusia yang perlu meraba-raba apabila berada di dalam bilik yang gelap, kucing mempunyai organ-organ sensori di hujung misai yang membawa mesej ke otak. Kucing tahu di mana untuk bergerak di dalam kegelapan dari pergerakan angin.

Misai juga membantu kucing mengelak dari pemangsa yang berkeliaran berhampiran. Sejurus berasa terancam, filamen-filamen ini menghantar maklumat mengenai persekitaran kucing, membantu kucing untuk mengesan malah bertindak kepada perubahan di persekitaran mereka.

2. Misai bukan ada di pipi sahaja

Ya misai tumbuh di bahagian tubuh kucing yang lain juga. Misai kucing yang lebih pendek ada pada kening, dagu malah di bahagian belakang keempat-empat kaki kucing. Misai-misai ini membantu kucing melompat dengan lebih baik.

3. Misai sebagai keseimbangan kucing adalah mitos sahaja

Ya betul tu kucing perlukan misai untuk keseimbangan hanyalah satu mitos. Kucing sebenarnya mengawal keseimbangan badan melalui telinga dalaman mereka.

4. Misai kucing sensitif

Walaupun misai kucing boleh gugur dengan sendirinya, misai kucing adalah bahagian yang sangat sensitif bagi kucing. Pada sehelai misai kucing, terdapat beribu saraf di dalamnya.

Jadi oleh sebab itulah jangan sesekali potong misai kucing. Oleh kerana tahap kesensitiviti itu, dengan memotong misai kucing memberikan kesakitan yang dahsyat kepada kucing.

Tanpa misai, kucing tidak mampu menavigasi perjalanan dengan baik.

5. Pengesanan

Pernah terfikir kenapa kucing suka menggesel pipi pada kaki kita? Misai kucing sebenarnya dapat menyesan perincian pada lokasi, saiz dan tekstur sesuatu objek malah perubahan pada pergerakan angin! Jika anda cuba-cuba untuk menghendap kucing, ianya tidak akan berjaya sebab misai kucing dapat kesan bahaya yang datang ke arah mereka. (Tapi MM selalu aje berjaya hendap dak-dak bulus ni hehe)

Adakah anda tahu bagaimana kucing mampu melompat ke atas meja yang tinggi? Ya betul dengan adanya misai mereka. Misai kucing dapat mengukur jarak secara visual.

6. Misai kucing adalah penunjuk yang terbaik

Pernah tonton tidak video kucing mampu memasuki ruang yang sempit dan kecil? Dengan adanya misai, kucing mampu untuk mengetahui mereka muat atau tidak untuk memasuki sesuatu ruang.

7. Menyatakan perasaan

Misai kucing membantu pemilik kucing untuk mengetahui perasaan kucing mereka. Sebagai contoh, apabila misai kucing digerakkan ke belakang, kucing berasa terancam.

Hampir sama apabila misai dihala jauh dari muka mereka, ianya petanda yang baik kerana kucing anda sedang gembira.

8. Membantu dalam pemburuan

Misai kucing juga bertindak sebagai sensor bunyi dalam membantu pemburuan. Bukan itu sahaja malah misai kucing dapat memberi informasi mengenai apa benda yang dihendap oleh si kucing.

Dengan menggerakkan misai, kucing dapat idea bagaimana untuk menangkap mangsa. Malah sedikit getaran yang dihasilkan oleh tikus dapat menggerakan sistem berjaga-jaga kucing. (Tapi kenapa kucing MM dah tunjuk tikus depan mata pun dibuat tak tahu aje haha)

9. Perlindungan kepada mata

Seperti bulu mata yang mengelakkan habuk dan debu dari memasuki mata, misai kucing pun mempunyai fungsi yang sama.

Sejurus sebelum sesuatu menghampiri wajah mereka dengan terlalu dekat, misai kucing akan bertindak sebagai penggera untuk memberitahu kucing menutup mata.

10. Fakta menarik: misai kucing dapat berubah warna!

Semakin meningkat usia seekor kucing, warna bulu serta warna misai mereka juga akan berubah.Warna misai kucing didatangi dengan warna hitam, putih atau kelabu. Saiz juga tidak penting. Kepanjangan misai juga akan berubah saiznya bergantung kepada saiz dan usia kucing.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment