10 Perubahan Yang Akan Dialami Oleh Anda Setelah Membela Kucing

Anda tidak pernah terfikir pun bahawa makhluk yang tidur sepanjang hari ini akan mengubah hidup anda sebanyak itu.

Tapi pemilik kucing yang berpengalaman akan berkata dunia anda akan berubah 360 darjah setelah memiliki kucing lebih-lebih lagi kucing jalanan yang sudah lama hidup sendiri.

Ini adalah 10 cara, hidup anda akan berubah setelah membela kucing:

1. Jadual tidur kucing anda merupakan jadual tidur anda yang baru

Jangan mimpi nak tidur hingga tengahari bila hari cuti. Kucing anda akan kejut anda sekitar pukul 5 ke 7 pagi untuk anda memberikan ia makan. The bright side is, anda tidak perlu lagi alarm untuk solat subuh. Hehe.

2. kerja rumah lebih sukar untuk dilakukan lepas ni

Tiada lagi karpet yang bebas dari bulu kucing, longgokan baju yang bebas dari bulu kucing, barang barang bersepah. Setiap kerja rumah yang anda lakukan bersedialah untuk ada pembantu tambahan. Yelah bela kucing kena rajin yea. Tanak malas malassss.

3. Mengambil masa yang lama untuk habiskan kerja


Tengah kusyuk buat kerja percayalah nanti ada ja makhluk berbulu yang comel akan datang duduk atas keyboard komputer anda.

Sedang menulis pon kucing anda akan cuba menangkap pensel atau pen yang anda pegang tu. Bagi kucing itu adalah permainan yang sangat interaktif.

4. Cuba selesakan diri dengan privasi yang berkurangan


Kucing anda akan ikut ke mana sahaja anda pergi termasuklah jika tengah well… doing your business dalam tandas. Haha. Anda terpaksa membiasakan diri dengan sepasang mata hitam yang bulat yang akan memandang anda setiap masa. Jika anda cuba halau kucing anda, bersedialah untuk mendengar bunyi yang kuat, nada miaow yang marah dan cakar di pintu anda. Clingy betul kan.

5. Laman sosial anda kini milik kucing anda


Jangan tak terfikir bahawa logiknya ruang memori handphone anda kini penuh dengan gambar kucing anda. Kadang kala tu post gambar kucing sendiri lagi banyak like dari gambar selfie sendiri hahahah.

6. Anda akan menjadi lebih sihat


Tahukah anda kucing boleh mengurangkan tekanan pada manusia, merendahkan tekanan darah, melegakan depresi dan menurunkan risiko sakit jantung? Bukan itu sahaja keajaiban bunyi purring kucing juga menyebabkan getaran pada frekuensi yang menggalakan penyembuhan. Memiliki kucing seperti mempunyai doktor persendirian.

7. Anda jadi lebih rendah diri


Tiada lagi rusing untuk bangga diri dan pentingkan diri apabila anda memiliki kucing. Anda bukan lagi menjaga diri anda sendiri. Kucing lebih pandai demand dan setelah memiliki kucing anda akan belajar untuk menjadi baik, pemurah dan tidak pentingkan diri.

8. Tidak lagi cepat berasa geli dan jijik


Apa anda rasa mengenai najis kucing? Bagaimana pula dengan bangkai haiwan? Well lepas ni anda perlu bersedia untuk menghadapi semua ini. Kucing akan muntah bulu dan akan muntah jika tak sedap perut dan ya itu bukan sesuatu yang sedap mata memandang. Tambahan lagi sila bersedia jika kucing anda membawa pulang ‘hadiah’ untuk anda. Jangan terkejut apabila anda bangun tidur ada bangkai tikus di sebelah anda hehe.

9. Anda akan jadi lebih pantas


Apabila anda membela kucing lebih lebih lagi anak kucing, anda perlu bersedia keaktifan anak kucing ni tiada sempadan. Ia akan mula memanjat, menolak pasu, gelas atau apa sahaja benda yang menarik perhatiannya. Jadi tindakan refleks anda amat bermain peranan dalam hal ini.

10. Dan sudah tentu kasih sayang yang tiada pengakhirannya


Kucing mungkin memberikan segala jenis cabaran dalam hidup anda tapi ganjarannya lebih manis. Apabila kucing anda datang kepada anda, duduk di riba anda, tidur berdekatan dengan anda sudah tentu anda merasakan kasih sayang yang tiada bandingan dalam dunia ini. Ya dunia anda akan berubah setelah membela kucing tapi perubahan ini akan dipenuhi dengan kasih sayang dan kegembiraan.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment