Perasan tak bila masanya kucing kita marah dan menyampah dengan kita?
Ini adalah perkara yang anda lakukan yang membuatkan kucing menyampah!
1. Masa mandi
Kita sememangnya sudah tahu yang kucing tidak sukakan tubuhnya dimandikan lebih-lebih lagi kucing domestik. Namun kadang kala ada kita suka percikkan air kepada kucing sebab inilah kucing lari.
2. Tidak dipedulikan
Kucing adalah haiwan yang sukakan belaian. Mereka suka menggesel badannya ke pemiliknya dan duduk di riba untuk menunjukkan kasih sayang mereka. Kadangkala rutin harian kita yang sibuk menyebabkan kita tidak mempunyai masa untuk memberikan perhatian yang secukupnya untuk kucing.
3. Ekor ditarik
Ekor adalah kawasan sensitif bagi kucing. Kucing tidak suka apabila ekornya ditarik.
4. Makan makanan yang sudah rosak
Bukan kata kucing, kita pun tak ingin nak makan makanan yang rosak lebih-lebih lagi deria bau kucing sangat sensitif.
5. Gosok perut
Ada kucing yang suka apabila digosok perut tapi ada juga kucing yang tidak suka kerana perut merupakan kawasan yang sensitif bagi kucing.
6. Biarkan mereka berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali
kalau kucing yang memang peramah tidak ada masalah. Selalunya ini terjadi apabila kucing jenis sensitif dan penakut. Tetamu bertandang di rumah, anda memaksa kucing anda berjumpa dengan tetamu tersebut yang pastinya ia tidak mengenali dan cam.
7. Diangkat tanpa kemahuannya
kucing tidak suka diangkat oleh orang yang tidak dikenalinya. Jika kucing itu sendiri yang datang ke arah anda tidak jadi masalah.
8. Kecewa apabila bermain
Bermain dengan kucing pun ada caranya. Sekali sekala biarkan sahaja kucing anda dapat menangkap permainan seperti tongkat bulu pelepah itu. Jangan biarkan kucing anda mengejar bulu pelepah tersebut sampai kepenatan.
9. Meninggalkan kucing bersendirian
Walaupun kucing dikatakan sebagai haiwan yang berdikari, mereka sebenarnya tidak suka apabila ditinggalkan bersendirian.
10. Memakaikan kostum
Ini adalah salah satu antara perkara yang paling kucing menyampah. Dipakaika kostum seperti patung secara automiknya akan membuatkan kucing anda marah dan tidak selesa.