10 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Rancangan ‘My Cat From Hell’

My Cat From Hell adalah rancang TV memperlihatkan pakar tingkahlaku kucing cuba membantu keluarga yang memiliki kucing yang bermasalah.

Ditayangkan di saluran Animal Planet. Berikut merupakan 10 perkara yang anda tidak tahu mengenai rancangan ini. MM cukup minat dengan rancangan ni. Sambil tengok sambil sedut ilmu yang dikongsikan.

1. Sudah ada 87 eipsod setakat ni

Sehingga sekarang terdapat 10 musim rancangan ini dengan jumlah 83 episod kesemuanya. Episod terakhir ditayangkan pada September 2018. Peminat rancangan ini tak sabar tunggu musim ke 11 untuk bermula. Rancangan ini menunjukkan kucing-kucing yang mempunyai masalah yang sama tapi setiap kucing ditunjukkan dengan cara yang paling unik sepertimana situasi pemilik mereka. Ini merupakan salah satu sebab kenapa rancangan ini menjadi sangat popular kerana setiap episod ada sahaja situasi yang berbeza.

2. Jackson Galaxy memberikan banyak tips dan nasihat mengenai penjagaan kucing

My Cat From Hell adalah rancangan yang sangat berguna buat sesiapa yang memiliki kucing. Memahami kenapa kucing berkelakuan buruk dapat membantu anda menghentikan masalah dari berlaku sebelum ianya bermula. Selain dari masalah tingkahlaku kucing, Jackson juga seringkali memberikan nasihat dalam penjagaan kucing yang kebanyakan pemilik kucing dapat melaksanakannya.

3. Pelakon Eric Roberts pernah muncul dalam satu episod

Dalam satu episod pada musim ke 9 kita dapat lihat pelakon Eric Robert dan isterinya menghubungi Jackson untuk membantu kucing mereka. Kucing mereka yang buta ini hilang namun pasangan ini yakin yang kucing mereka ada di kawasan sekitar. Mereka mengesyak yang kucing buta ini cemburu dengan penambahan beberapa anak kucing baru dalam keluarga mereka. Jackson melayan Eric dan isterinya sama seperti pasangan yang lain. Eric Robert adalah satu-satunya selebriti yang muncul dalam rancangan ini.

4. Ada beberapa episod mempunyai segmen My Cat From Heaven

Ada beberapa episod terdapat segmen yang dinamakan My Cat From Heaven. Segmen ini memaparkan kucing yang membantu pemilik mereka. Seperti contoh ada kisah yang memaparkan seekor kucing membantu pemiliknya apabila diserang penyakit jantung dan kucing yang tiada ekor melawat sekolah bersama pemiliknya untuk menunjukkan kepada kanak-kanak yang ianya OK menjadi lain dari yang lain.

5. Jackson Galaxy bermula di pusat perlindungan haiwan

Informasi mengenai bagaimana Jackson mula bekerja bersama kucing dikongsikan di laman web Jackson Galaxy Project. Jackson bermula dengan melakukan kerja-kerja sukarelawan di pusat perlindungan haiwan pada setiap tahap dan akhirnya mendapati yang dia berkongsikan satu ikatan istimewa bersama kucing-kucing di dalam pusat perlindungan. Dia merasakan yang dia dapat berhubungan dengan kucing dengan cara yang dia sendiri tidak jangka dan ini lah permulaan kariernya sebagai pakar tingkahlaku kucing.

6. Rancangan ini mempunyai Facebook Page yang aktif

Buat masa ini tiada episod baru My Cat From Hell, tapi facebook page untuk rancangan ini masih aktif sehingga sekarang.

7. Peminat mungkin perasan perubahan Jackson setiap musim

Apabila anda melihat rancangan My Cat From Hell dari musim yang awal-awal, senang untuk lihat betapa banyak berat yang sudah Jackson kurangkan. Jackson pernah mempunyai berat melebihi 400 lb (181.43 kg) dan menjalankan pembedahan gastric bypass pada tahun 2007. Selepas pembedahan tersebut dia kehilangan sebanyak 150 lb (68kg), walaupun dia naik sedikit berat selepas berhenti merokok.

8. Ada kisah menunjukkan yang kucing tidak ngam dengan pasangan pemilik mereka

Kebanyakan masalah tingkahlaku kucing yang dipaparkan dalam rancangan ini mereka mempunyai masalah dengan pasangan pemilik mereka. Tajuk episod pertama pun “He Hates My Boyfriend”. Kucing dikenali sebagai haiwan yang sangat menjaga jajahan mereka tapi kebanyakan manusia tidak sedar yang kucing juga bersifat sangat protective terhadap pemilik mereka.

9. Rancangan ini juga digunakan untuk mempromosikan pengambilanbela kucing dari pusat perlindungan

Dalam banyak-banyak kerja yang Jackson lakukan adalah memfokuskan dalam memberikan kucing-kucing jalanan dan kucing di pusat perlindungan peluang untuk hidup dengan lebih baik. ini termasuklah menggalakkan orang ramai untuk mengambilbela kucing dari pusat perlindungan dari membeli kucing. Ini adalah sesuatu yang Jackson sering memperkatakan dalam rancangan ini serta berharap yang ini dapat meningkatkan kesedaran orang ramai untuk mengambilbela kucing dari pusat perlindungan adalah cara yang paling terbaik untuk membawa masuk kucing dalam sesebuah keluarga.

10. Rancangan ini masih belum dibatalkan

Walaupun sudah bertahun-tahun dari episod terakhir My Cat From Hell, tiada pengumuman rasmi belum dikeluarkan mengenai masa depan rancangan ini. Peminat berharap yang musim ke 11 akan dikeluarkan. Salah satu sebab kenapa musim baru rancangan ini belum dilaksanakan adalah Jackson kini sibuk dengan jelajah Cat Mojo nya pada permulaan tahun 2020. Perincian rancangan ini boleh didapati di laman web rasmi Jackson.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment