10 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Lil Bub

Merupakan salah satu dari kucing yang paling dikenali di dunia, Lil Bub dikenali dengan rupanya yang unik. Mata besar dan buntang dan lidah yang selalu terkeluar.

Dikenali sebagai antara kucing yang tercomel di Amerika Syarikat. Rasa-rasanya semua pencinta kucing akan kenal dengan kucing ini. Itulah dia kucing yang bernama Lil Bub.

Lil Bub yang dimiliki oleh Mike Bridavsky yang bekerja keras memastikan Lil Bub sihat dan selesa. Kepopulariti Lil Bub bermula apabila Bridavsky mengepos beberapa gambar Lil Bub di Tumblr pada sekitar tahun 2011. Hanya satu malam sahaja kepopulariti Lil Bub melonjak naik dan menjadi fenomena dunia peminat kucing.

Kini Lil Bub yang berusia 8 tahun ini mempunyai jutaan peminat dan sekiranya anda tidak mengenali Lil Bub ini merupakan perkara yang anda tidak tahu mengenai kucing terkenal ini.

1. Membintangi filem yang memenangi anugerah

Pada tahun 2013, filem Lil Bub bertajuk Lil BUB & Friendz  ditayangkan di Festival Filem Tribeca dan memenangi anugerah Best Feature Film. Ini merupakan anugerah yang sangat mengangkat kepopulariti Lil Bub ke tahap yang lebih tinggi. Filem ini berkisahkan kehidupan Lil Bub dari mula sehingga ke tahap ia sekarang. MM tak pernah tengok lah pula. Kena cari filem ni nanti.

2. Dilahirkan dari ibu kucing liar

Ketika Lil Bub ditemui, ia dan adik beradiknya yang lain tinggal di bangsal terbiar di Indiana.

3. Tiada masalah dengan selera makannya

Lil Bub merupakan kucing kerdil. Ini bermakna rahang bawahnya lebih pendek dari rahang atas. Oleh sebab itulah lidahnya asyik terkeluar. Tambahan lagi giginya tidak pernah tumbuh. Walaupun begitu, selera makan Lil Bub tidak pernah terganggu walaupun makan kibbles.

4. Ada jenamanya barangannya sendiri

Lil Bub mempunyai koleksi barangan jenamanya sendiri. Kebanyakan hasil jualan tersebut disalurkan kepada badan amal dan sedikit digunakan untuk pembiayaan utilitis.

5. Berjaya melawan penyakit tulang kronik

Lil Bub terpaksa menghadapi penyakit tulang kronik iaitu osteopetrosis. Lil Bub merupakan salah satu kucing yang diserang penyakit rare itu. Berbeza dengan penyakit osteoperosis, Penyakit ini membuatkan tulang menjadi keras dan padat apabila kucing semakin berusia. Ini akan menyebabkan kucing mempunyai kesukaran untuk bergerak. Lil Bub sudah cuba pelbagai rawatan namun tiada yang berjaya. Kemudian pemiliknya menemui sesuatu yang dipanggil Assisi Loop. Ini merupakan peranti yang menggunakan Pulsed Electromagnetic Field Therapy (PEFT) untuk merawat penyakit Lil Bub. Dengan bantuan peranti tersebut, Lil Bub mampu melompat dan berlari.

6. Pembela kepada kucing terbiar dan haiwan yang memerlukan penjagaan khas

Lil Bub menggalakkan aktiviti mengadopsi kucing-kucing jalanan dan terbiar dan membantu haiwan dan manusia yang kurang bernasib baik. Kucing comel ini juga bekerja bersama ASPCA dalam bentuk Lil Bub’s Big FUND. Ini merupakan tabung amal nasional yang membolehkan orang ramai menderma untuk menyokong aktiviti amal di bawah nama Lil Bub. Setakat ini Lil Bub sudah berjaya mengumpulkan lebih $200,000 melalui penjualan online dan penjualan secara langsung di pusat perlindungan haiwan dan pelbagai lokasi lagi.

7. Menolak tawaran ‘meme’

Pengarah meme Ben Lashes dikenali kerana mewakili kucing terkenal seperti Keyboard Cat dan Grumpy Cat dalam dunia hiburan kucing. Dia juga menawarkan Lil Bub tapi ditolak secara baik. Menurut pemilik Lil Bub, apa sahaja yang berkaitan Lil Bub perlu seiring dengan misinya iaitu membantu kucing jalanan dan terbiar. Pemiliknya tidak mahu Lil Bub diiklankan sebagai jenama atau kucing yang menjana duit.

8. Merupakan artis rakaman yang diterbitkan

Lil Bub berkolaborasi bersama Andrew W.K. Albumnya yang terbaru bertajuk Science and Magic direkodkan oleh pemiliknya sendiri, Mike Bridavsky dan Matt Tobey. Album ini menggunakan bunyi Lil Bub dan dikreditkan kepada Lil Bub.

9. Penulis buku

Buku Lil Bub yang bertajuk Lil BUB’s Lil Book: The Extraordinary Life of the Most Amazing Cat on the Planet, merupakan buku yang laris terjual dan merupakan kisah mengenai kehidupannya. Fokus mengenai rupanya yang tidak semestinya penyebab ia tidak boleh dihargai. Buku ini mengandungi 100 gambar mempunyai keterangan dan semuanya berwarna.

10. Mempunyai rancangan bicaranya sendiri

Lil Bub mempunyai rancangan bicaranya sendiri yang bertajuk Lil BUB’s Big Show. Rancangan ini berjalan dengan menjemput pelbagai tetamu dan disunting untuk kelihatan seperti Lil Bub mengacara rancangan tersebut. Episod pertama rancangan ini ditayangkan pada tahun 2013 dan tetamu pertamanya adalah Whoopi Goldberg. Michelle Obama juga pernah dijemput dalam rancangan ini.

Comel lah Lil Bub ni geram tengok….

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment