10 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Kucing Pasir Arab

Pernah terjadi selama 10 tahun satu manusia pun tidak pernah melihat seekor pun kucing pasir arab atau Felis Margarita ini. Bukanlah sebab spesis kucing liar ini terancam. Walaupun kucing ini secara semulajadinya sangat rare, kucing ini ada ja di mana-mana sahaja. Kehilangan kucing pasir ini sebenarnya lebih kepada pantulan tingkahlaku mereka. Baka kucing liar ini tersangatlah pemalu dan penuh misteri, tersangatlah misteri sehingga mereka suka bersembunyi dari dunia.

Tambahan lagi hanya sedikit sahaja saintis yang betul-betul fokus dalam kajian mereka mengenai kucing liar ini yang menyebabkan kenapa hal mengenai kucing liar ini sedikit kabur.

Kucing pasir arab adalah di antara baka kucing liar yang cantik di dunia. Jika anda tidak tahu mengenai kucing ini, ini merupakan 10 perkara yang anda perlu tahu:

1. Habitat

Bersesuaian dengan nama mereka, kucing liar ini tinggal di kawasan padang pasir. Mereka sangat berkembang maju di kawasan berpasir. Secara semulajadinya mereka ditemui di kawasan utara Gurun Sahara dan kawasan lain di Mesir, Palestin, Arab, Turki, Pakistan dan Iraq.

Kucing pasir Arab dicipta untuk tinggal di kawasan yang bersuhu tinggi dan oleh kerana mereka sukar untuk dikesan mungkin kerana mereka menyembunyikan diri mereka dari panas yang berpanjangan.

2. Wajah comel

Kucing pasir Arab mempunyai ciri-ciri wajah yang sangat berbeza. Mempunyai telinga yang besar namun wajahnya lebih besar. Kepala mereka besar daripada badan, dan sebab inilah ramai saintis menggelar mereka sebagai kucing kepala berat (top-heavy cats).

3. Adaptasi dengan gurun

Ciri-ciri yang ada pada kucing pasir Arab sangat sesuai untuk bertahan pada keadaan yang buruk dalam persekitaran gurun. Telinga yang besar itu dibuat untuk mengesan pemangsa. Mereka mempunyai tapak kaki yang tebal yang sangat membantu ketika berjalan di sepanjang pasir gurun yang panas dan memudahkan mereka mengejar mangsa.

Warna kucing pasir Arab sangat sesuai dengan persekitaran gurun pasir untuk membantu penyamarannya dan mengekalkan suhu badan sejuk.

Terdapat bulu pada beberapa bahagian tubuh lebih-lebih lagi pada wajah untuk melindungi daripada pasir.

4. Pengorek

Untuk melindungi diri dari haba matahari yang kuat di gurun sahara, kucing pasir Arab akan mengorek lubang di bawah batu atau belukar untuk digunakan sebagai kawasan persembunyiannya. Mereka berehat di situ sehinggalah matahari terbenam dan selepas itu barulah mereka keluar untuk bermain dan menangkap mangsa.

5. Nokturnal

Arabian sand cats are nocturnal hunters. They don’t need a lot of water because they get their fluids mostly from their prey. They usually hunt for birds, small reptiles, and other mammals. These sand cats are perfectly adapted to living in the desert, and they are some of the best hunters in that environment.

6. Panggilan kucing

Kucing ni sangat berbeza dari sepupu domestik mereka. Berbanding bunyi miaow, bunyi kucing pasir Arab adalah kombinasi bunyi seperti yodel dan menyalak. Panggilan kucing ini agak kuat dan unik dan anda akan mendengar bunyi ini bergema di sepanjang gurun apabila ada kucing pasir Arab yang mencari pasangan.

7. Pemburu ular

Salah satu skill yang kucing pasir ada adalah memburu ular. Jika anda takut ular, kucing pasir Arab adalah haiwan yang terbaik untuk menemani anda. Kucing liar ini sangat berani dan ganas dalam memburu ular. Kucing liar ini menangkap dan membunuh ular dengan menanduk dengan kepalanya dengan kuat atau menggigit leher ular tersebut.

8. Keluarga kucing

Kucing pasir Arab betina selalunya mempunyai tempoh kebuntingan dari 60 hingga 63 hari. Ia boleh mempunyai dari seekor hingga empat ekor anak kucing. Anak kucing pasir dilahirkan dengan corak pada bulunya yang yang menarik namun akan hilang apabila meningkat dewasa. Kucing jantan tidak mengambil bahagian dalam membesarkan anak-anak. Apabila anak-anak kucing berusia 6 bulan, mereka sudah dianggap sebagai kucing dewasa.

9. Mata besar dan kedepan

Fungsi mata kucing liar ini besar dan kedepan adalah untuk mengenalpasti jarak. Kita dapat bayangkan dengan penglihatan kucing ini apabila ia mempunyai mata yang boleh melihat dalam gelap dan mata yang dapat menganggarkan jarak dengan tepat dan baik

10. Tidak banyak informasi

Malangnya, tidak ada banyak informasi di luar sana mengenai kucing pasir Arab kerana tidak banyak kajian yang ingin dilakukan untuk haiwan ini. Keperluan untuk lakukan kajian dan pemerhatian adalah penting untuk memahami bagaimana haiwan ini tinggal dan apa yang mereka perlukan untuk spesis mereka berkembang lagi.

Ingin kongsikan pengalaman anda menyelamatkan kucing jalanan atau terbiar atau cerita berkaitan kucing? Kongsikan cerita anda ke email kami di themamamiaow@gmail.com

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment