10 Perkara Hanya Pemilik Kucing Sahaja Yang Faham

Kucing semestinya mempunyai banyak karakteristik yang kita semua tahu dan suka bahawa kucing ni comel, sedap dipeluk dan tersangatlah suka menghakimi.

Namun terdapat juga perkara mengenai kucing yang hanya pemilik kucing sahaja yang faham. Ada benda yang menyenangkan seperti bunyi purring dan perkara yang agak menjijikkan seperti kucing anda membuang najis merata tempat. Namun perkara inilah yang memberi kebahagiaan yang hanya pemilik kucing.

Jom baca situasi yang pemilik kucing saja yang faham:

1. Anda sentiasa dilitupi dengan bulu kucing

Cubaan untuk membuat pakaian anda bebas bulu kucing merupakan usaha yang sia sia. Selepas segala benda dilakukan seperti sticker roll, beli vakum khas dan elakkan memakai baju gelap anda sekarang tidak peduli dah. Walaubagaimanapun jika baju anda dilitupi dengan bulu kucing ini seperti membawa kucing anda ke mana sahaja anda pergi kan sweetttt macam tu… Errr kan kan kan??

2. Anda tidak lagi meletak barang di bucu meja

Kucing dilihat suka menolak benda yang berada di hujung hujung meja dan juga di bucu meja. Jadi jika anda ingin menghias meja makan anda dengan pelbagai perhiasan hipster lupakan jelah. Nanti semua benda hiasan ditolak begitu saja.

3. Anda tidak kisah kucing melaga punggungnya di muka anda

Ya, pemilik kucing yang sejati tidak kisah pun jika kucing mereka melaga punggung di muka mereka kerana itu merupakan tanda kucing menunjukkan kasih sayang. Fakta ya.

4. Tidak lagi letak tisu tandas di tempat yang mudah dicapai oleh kucing

Kucing sangat sukakan tisu tandas. Dont know why….

5. Kucing tidur secara konsisten kecuali semasa 4 AM hingga 6 AM

Serius cakap pemilik kucing tidak perlukan jam loceng pun untuk bangun pagi.

6. Kucing sangat sukakan kotak kosong walaupun anda telah beli katil khas untuk kucing

Kita punyalah excited beli katil khas untuk kucing ni sekali pun tak pernah guna. Lebih suka duduk dalam kotak kosong.

7. Kucing anda makan makanan yang mahal dari anda

Pasal ni mesti semua pemilik kucing setuju. Super premium kata kauuuuu..

8. Terima saja yang kucing adalah bos

Miaow minta makan, ok bos…

9. Tiada lagi ruang privasi bila dengan kucing ni

10. Sekelip mata mood kucing boleh berubah

Sedang elok kucing duduk di riba dan kita belai dengan penuh kasih sayang kucing boleh berubah serta merta dan menggigit kita dan bertempiaran lari.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment

MamaMiaow

Author:

Hanya seorang miaowers yang suka kucing dan suka berkongsi informasi mengenai kucing