10 Perkara Anda Tidak Tahu Mengenai Kucing Singapura

Kucing Singapura adalah salah satu baka kucing yang kurang dikenali namun mempunyai sejarah yang menarik.

Ia juga dikenali sebagai salah satu baka kucing terkecil di dunia. Jika anda tidak pernah tahu mengenai baka kucing ini, anda mungkin mendapati fakta mengenai kucing ini agak menarik. Ini merupakan 10 perkara yang anda tidak tahu mengenai kucing Singapura.

1. Berasal dari Singapura

Tommy dan Hal Meadow pulang ke Amerika Syarikat serelah bekerja di Singapura pada tahun 1975. Mereka membawa bersama mereka tiga ekor anak kucing, dua ekor anak kucing jantan dan seekor lagi betina. Anak anak kucing inilah yang menjadi asas baka kucing Singapura. Anak kucing yang keempat dibawa masuk ke program pembiakan ini pada tahun 1981 setelah pembiak menemui kucing yang sangat sesuai dengan profil baka ini di Singapura.

2. Diterima oleh TICA untuk pertandingan pada 1979

TICA (The International Cat Associates) menerima kucing Singapura untuk pendaftaran pertandingan kejohanan kucing pada tahun 1981 dan baka kucing ini diterima oleh CFA (Cat Fanciers Associates) pada tahun seterusnya. Pada tahun 1988, kucing Singapura merangkul status kejuaraan.

3. Asal usul menjadi kontroversi

Walaupun secara sahnya kucing ini berasal dari Singapura, kontroversi bermula apabila kucing asal yang digunakan untuk pembiakan baka ini mungkin berasal dari Amerika Syarikat. Pembiak baka kucing ini Jerrry Mayes melawat Singapura pada tahun 1987 untuk mencari kucing. Semasa di sana, Jerry menemui dokumen berkenaan tiga ekor kucing yang digunakan sebagai asas baka kucing Singapura. Dia mengetahui yang tiga ekor kucing itu berasal dari Amerika Syarikat dan dibawa ke Singapura pada tahun 1974. Tiga ekor kucing tersebut lahir di Amerika Syarikat dan tinggal di Singapura dan pulang semula ke Amerika Syarikat untuk mengasas baka ini.

4. Mempunyai berat sehingga empat paun sahaja

Kucing Singapura adalah salah satu baka kucing yang kecil dan kucing betina yang sihat mempunyai berat hanya empat paun. Manakala kucing jantan yang sihat mempunyai berat hanya 6 paun sahaja. Kucing Singapura yang mempunyai berat yang sihat hanyalah sehingga 8 paun sahaja

5. Kucing yang mempunyai gen yang ressesif semuanya satu warna sahaja

Kebanyakan kucing Singapura mempunyai corak belang pada bulu dan selalunya mempunyai dua warna. Walaubagaimanapun sekiranya terdapat gen ressesif, bulu akan menjadi satu warna sahaja. Pembiak sedang berusaha untuk membuang gen ressesif tersebut untuk mengelakkan kelahiran kucing Singapura yang hanya mempunyai satu warna sahaja.

6. Suka tempat tinggi

Kucing Singapura terkenal dengan sifatnya yang suka berada di tempat tinggi. Mereka suka memerhati sekeliling dari perspektif tinggi.

7. Merupakan maskot negara Singapura

Rakyat Singapura sangat bangga dengan kucing baka ini dan memilih ia sebagai maskot negara itu. Pemilihan kucing ini sebagai maskot negara oleh Kementrian Pelancongan dan Promosi Singapura.

8. Perlukan hanya sedikit perapian

Kebaikan sekiranya memilih kucing Singapura sebagai haiwan peliharaan adalah kucing jenis ini memerlukan perapian yang sedikit sahaja kerana mereka tidak mengalami keguguran bulu yang banyak. Memberus kucing Singapura sekali ke dua kali sebulan sudah memadai dan anda tidak perlu mandikan pun kucing baka ini. Mereka akan membersihkan diri sendiri dengan efisyennya.

9. Terdapat beberapa masalah kesihatan

Seperti kebanyakan kucing baka yang lain, kucing Singapura juga mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan baka ini. Masalah yang paling serius adalah kucing Singapura boleh diserang penyakit kekurangan pyruvate kinase. Ini adalah penyakit genetik dimana kucing kekurangan dalam menghasilkan enzim yang menyokong sel darah merah dan akan mengalami hemolytic anemia.

10. Kucing yang ramah

Ramai yang memilih baka kucing ni kerana sifat mereka yang senang. Kucing Singapura dikenali sebagai haiwan yang peramah dan sukakan peneman manusia dan haiwan yang lain. Kucing Singapura setia pada pemilik mereka dan suka dibelai dengan penuh kasih sayang.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment