10 Kucing Unik, Istimewa dan Terkenal

Hello miaowers semua kita sudah biasa disiarkan dengan kucing kucing yang normal, comel dan adorable.

Namun, tahukah anda kucing juga tidak lari dari kecacatan atau tumbesaran yang tidak normal sejak dari lahir.
Post kali ni MM nak share pada miaowers semua kisah kisah kucing yang unik rupanya dan sangat terkenal yea. Mereka ini internet sensation gituu. Yang membuatkan hati MM tersentuh ialah kasih sayang kepada kucing unik ini tidak berubah langsung walaupun pada dasarnya mereka ni tak seperti kucing yang biasa. Jom kenali kucing bertuah ini.

1. Monty

Kenalkan Monty yang dijumpai tuannya, Michael Bjørn dan Mikala Klein pada 5 tahun yang lalu di pusat penjagaan kucing. Tuan asal Monty meletakkan ia di pusat kerana mereka mempunyai terlalu banyak kucing. See, sebab itulah perlunya kasi kucing kita yea. Ok back to topic. 

Monty tinggal agak lama di pusat penjagaan kucing sebelum Michael dan Mikala mengambil Monty. Kerana apa? Kerana tiada yang berminat untuk mengambil Monty kerana rupanya yang sedikit cacat.

Monty dilahirkan dengan tulang hidung yang tenggelam yang membuatnya sering bersin. Akibat dari kecacatan kromosomnya itu, Monty juga mempunyai masalah dalam kawalan urinnya. Disebabkan itu Monty akan terkencing secara tidak sedar semasa ia tidur. Walaubagaimana pun tuan Monty tetap menyayangi dengan sepenuh hati.


Bersama ‘parent’ Monty, Michael dan Mikala

“Ada kajian mengenai kecacatan kromosom pada haiwan, tetapi kamu boleh membandingkan sedikit dengan Down Sindrom manusia,” jelas Michael.

2. Lil Bub

Kenal tak dengan Lil Bub? Lil Bub ni tersangatlah terkenal. Instagram Lil Bub saja ada 1.9m pengikut. Lil Bub ni terkenal sejak ia diselamatkan oleh Mike Bridavsky semasa ia kecil pada tahun 2011.


Lil Bub bersama daddynya, Mike Bridavsky

Lil Bub digelar “perma kitten” yang bermaksud ia kelihatan seperti bayi sehingga bila bila. Berat Lil Bub hanyalah 3.9 pound.

Lil Bub tidak mempunyai gigi, ketidaksempurnaan tulang rahang (punca kenapa lidahnya selalu terkeluar) dan dianggap sebagai kucing kerdil.

Lil Bub adalah seekor kucing betina.

Jangan terkejut yea Lil Bub mempunyai jenama baju, mug dan bag sendiri, ehh ada kedai sendiri lah senang cerita. Untuk pengetahuan semua, Lil Bub sudah pun tiada, Lil Bub mati pada usianya 8 tahun.

BACA JUGA: fakta anda tidak tahu mengenai Lil Bub

3. Honey Bee

Kenali Honey Bee, kucing buta yang suka mengembara berjalan kaki (hiking). Kini menetap di Seattle, Honey Bee yang asalnya dari kepulauan Fiji. Tuannya Sabrina Ursin, menemui dan jatuh cinta pandang pertama apabila melakukan tugasan sukarelawan di klinik haiwan dan pusat penyelamatan kos rendah bernama Animals Fiji.

Honey Bee sering meronda sekeliling kawasan luar semasa ia berada di Fiji, namun sejak menetap di kawasan bandar besar Seattle, Honey Bee agak sukar untuk meneruskan aktiviti kegemarannya itu. Sejak dari itu Sabrina dan suaminya Jonathan mula melatih tali (leash train) bersama Honey Bee supaya mudah untuk membawa Honey Bee merasai pengalaman berjalan-jalan di kawasan luar semula.

Bermula dari perjalanan yang pendek sekitar kawasan kejiranan dan taman, Honey Bee terus mencabar dirinya untuk menghadapi jalanan yang lebih sukar dan sekarang ia sudah menawan gunung.

Disebabkan Honey Bee buta, salah satu sebab ia suka meneroka adalah Honey Bee dapat merasai pengalaman mendengar bunyi bunyian dan bau bauan di sekelilingnya. Ia sangat suka mendengar bunyi air dan sejak ia sangat peka dalam mengesan jarak, Honey Bee boleh berada dekat dengan sungai tanpa jatuh ke dalamnya.

4. Venus

Venus adalah seekor kucing tabby berusia 8 tahun dimana bulu pada wajahnya seperti mempunyai dua wajah. Seangkatan dengan Lil Bub Venus menjadi tular dengan mempunyai 1m likes di Fb dan 1.5m pengikut di Instagram

Ada yang beranggapan bahawa wajah Venus adalah palsu, mengatakan tuannya sengaja mewarnakan sebelah wajah Venus.

Namun sangkaan itu disangkal oleh Christina dan Christ ‘parent’ kepada Venus dimana mereka membuat kenyataan sebagai Venus dan menulis di laman web

“Saya 100% semulajadi. Tiada solekan walaupun celak”.

Venus ditemui mereka pada tahun 2009 semasa menetap di California utara.

Warna unik Venus adalah kerana dilahirkan sebagai kucing ‘chimera‘, chimera adalah perubahan genetik yang berlaku semasa persenyawaan lagi.

5. The Grumpy Cat

Nama sebenarnya ialah Tardar Sauce. Grumpy cat ialah seekor kucing betina. Ia menjadi tular kerana rupanya yang seakan-akan mempunyai stress yang sangat berat. Hihi. Namun keadaan ini adalah kerana ketidaksempurnaan tumbesaran rahang dan juga ia sejenis kucing kerdil sama seperti Lil Bub.

Grumpy dilahirkan di Morristown, Arizona pada 4 April 2012 bersama tuannya Tabatha Bundesen.

Grumpy menjadi tular sejak gambar-gambar disebar dan disunting menjadi parodi. Seperti gambar di bawah.

Menurut Tabatha, walaupun rupanya sangat pemarah, 99% Grumpy adalah seperti kucing normal yang lain.

BACA JUGA: Grumpy Cat Telah Pun Tiada Pada Usianya 7 Tahun

6. Lazarus

Digelar Lazarus the Vampire (pontianak), Lazarus hanyalah kucing biasa yang mempunyai sumbing sejak lahir. Kecacatan fizikal ini menyebabkan Lazarus tiada hidung dan bibir atas seterusnya gigi bawahnya terdedah.

Lazarus hanya berusia 10 minggu apabila dijumpai pelajar East Tennessee State University. Walaupun dijumpai dengan kecederaan di mulut akibat jangkitan kuman, Lazarus tetap dibawa ke Vet untuk dirawat.

Kucing yang kini berusia 6 tahun ini tinggal bersama Cindy Chamber di university yang sama tempat Lazarus ditemui dahulu.

Kerana gigi bawahnya yang terdedah menampakkan ia seperti kucing yang menakutkan tetapi hakikatnya Lazarus sama seperti kucing yang normal. Manja dan suka dibelai.

7. Chase

Digelar Chase ‘no face’ (tiada wajah), Wajah unik Chase terjadi kerana ia dilanggar kereta semasa masih kecil dalam beberapa minggu usia. Seorang lelaki menjumpainya di tepi jalan dan membawanya ke Chevy Chase Animal Clinic  di Lexington, Kentucky di mana tuan Chase, Melissa Smith bekerja sebagai pembantu vet. Lelaki tersebut menyumbangkan sedikit duit untuk rawatan Chase dan memberi staff klinik untuk menyelamatkan Chase sebaik mungkin.

Kaki kiri belakang Chase terpaksa dipotong kerana kecederaan yang sangat teruk dan staff vet gigih berusaha untuk menyelamatkan wajah Chase yang menerima impak paling besar. Beberapa bulan kemudian dengan dua proses cantuman kulit yang gagal, penjaga Chase terpaksa menerima hakikat bahawa Chase tidak akan kelihatan seperti kucing biasa. Semasa proses penyembuhan Chase, Smith mengambil kucing terbiar tersebut pulang ke rumahnya pada waktu malam dan hujung minggu sahaja. dan kemudian mengambilnya secara tetap.

“Chase tiada siapa siapa untuk menjaganya, saya perlu membawanya pulang kerana ia memerlukan penjagaan yang rapi,” jelas Smith. “Dan sehingga kini, Chase adalah kucing saya.”

8. Princess Monster Truck

Princess Monster Truck sama seperti kucing yang biasa. Cumanya berlaku ketidaksempurnaan tumbesaran rahang bawah dan mengakibatkan gigi bawahnya terkeluar. Princess mula tular sejak tuannya, Tracy Timmons and Joseph Bryce mengaktifkan akaun instagram untuknya pada April tahun 2013. Kecacatan Princess lebih kurang sama seperti Lazarus.

Princess juga merupakan kucing terbiar yang dikutip Tracy dan Joseph di tepi jalan. Oleh sebab rupanya yang agak menakutkan, Princess hanyalah kucing jalanan yang dipandang sepi sahaja. Sehinggalah nasibnya berubah setelah diterima mereka.

Tuannya berkata “ia tiba-tiba muncul keluar dari semak semasa kami berdua sedang berjalan pulang dari makan malam”.

“Vet memberitahunya bahawa keadaan ini berlaku sejak lahir, keadaan rahang ini sering berlaku kucing baka Persian.”

Kini tuannya menggunakan kepopulariti Princess untuk membantu kucing yang terbiar di pusat diterima untuk dibela.

9. Stevie

Seekor kucing kecil muncul di beranda dan disyaki mempunyai kecederaan mata. Bila penyelamat tiba mengambilnya, mereka menyedari sesuatu yang lebih teruk.

Apabila Missy Dubuisson, founder Wild At Heart Rescue  menerima panggilan telefon mengenai kucing yang derita menghidapi penyakit mata yang pelik, dia cepat-cepat pergi untuk mengambil kucing tersebut.

Melihat keadaan kucing tersebut, serta merta Missy mengambil kucing itu untuk dibela. Pada mulanya dia tidak pasti Stevie (kucing itu diberi nama kemudiannya) buta atau tidak kerana ia kelihatan sangat peka dengan keadaan sekilingnya dan tidak pernah terhantuk atau berlaga mana-mana perabot.

Tidak berpuas hati Missy membawa Stevie bertemu vet dan barulah mereka tahu bahawa Stevie bukan hanya buta malahan Stevie tiada kedua-dua biji mata. Vet memberitahu lagi bahawa Stevie dilahirkan sebegitu walaupun ia mempunyai soket mata.

Ajaibnya walaupun begitu, Stevie berkelakuan seperti kucing lain yang normal. Jadi tidak hairanlah kenapa mereka menggelarnya sebagai Stevie the Wonder cat.

10. Hero

Siapa tak kenal dengan Hero atau Iyo ni yang menerima nasib malang dipotong kedua kaki hadapannya hanya kerana mencuri ikan. Meskipun Hero kini sudah tiada (mati kerana leukaemia), kisahnya tetap menjadi ingatan kita semua. Hero merupakan icon pencetus pencinta haiwan terutamanya kucing.

“Saya ternampak ada sekumpulan orang telah berkerumun di depan kedai tersebut. Apabila saya menjengah, saya ternampak HERO terbaring tanpa kaki hadapan dan dalam keadaan yang tercungap-cungap. Juga terdapat darah yang banyak keluar dari tempat lukanya”. 

“Tanpa berlengah, saya terus ambil HERO dan masukkan ke dalam bakul motor untuk dibawa pulang. Aku sempat balut dia dia dengan jaket motor aku untuk hentikan pendarahan, Malangnya, aku tak cukup wang untuk membawa HERO ke klinik”. Cerita Mohd. Hairey Yahya atau Papa Hero.

Sejak dari itu Papa menjaga hero dengan penuh dedikasi serta memberi perhatian yang penuh terhadapnya.

Kisah Hero menyentuh hati semua rakyat Malaysia terutamanya semua pencinta haiwan. Harapnya dengan kisah-kisah yang MM kongsi pada post ini dapatlah membuka hati semua manusia untuk menyayangi haiwan tidak kira la keadaannya. Mereka juga makhluk di dunia ini. Sekian sahaja Miaowers… Miaowwwww~

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment