10 Kelebihan Dari Segi Kesihatan Apabila Memelihara Kucing

Mereka comel, gebu, berdikari dan sangat mencuit hati dan tidak memerlukan sepenuh perhatian sangat, memelihara kucing dapat memberikan banyak kelebihan dari segi kesihatan.

Antara kelebihan memiliki kucing adalah:

Mengurangkan tekanan dan kerisauan

Memiliki kucing dapat memberi dan mengaktifkan bahan kimia di dalam badan yang memberi ketenangan, mengurangkan tekanan dan tahap kerisauan. Kucing dikenali sebagai haiwan peliharaan yang low maintanance, jadi belaian yang mudah hanya cukup untuk berasa rileks dan mengalihkan perhatian dari sebarang masalah.

Mengurangkan risiko strok

Kajian menunjukkan pemilik kucing kurang risiko menghidapi strok berbanding pemilik haiwan lain. Saintis spekulasikan ini kerana kucing merupakan haiwan yang low maintanance.

Kelebihan teraputik

Efek penenang apabila memiliki kucing ini mencetuskan pengeluaran oksitoksin, hormon yang dikenali sebagai hormon kasih sayang dan kepercayaan. Seseorang yang mengalami keadaan yang sukar kerana kehilangan seseorang yang disayangi membantu berhadapan dengan perasaan negatif mereka jika mereka meluahkan kepada kucing kerana ia lebih mudah meluahkan kepada sesuatu yang tidak akan respon dan menghakimi dari meluahkan kepada manusia. Tambahan lagi kajian menunjukkan kanak kanak autisme lebih kurang kerisauan dan tenang jika membelai kucing.

BACA JUGA: Kenapa kucing sangat sesuai dijadikan terapi untuk anak anak autisme

Meningkatkan imun

Pendedahan kepada dander dan bulu haiwan di dalam rumah meningkatkan keupayaan badan untuk menolak alergen, mengurangkan risiko untuk alergi dan asma. Anda juga boleh mengikuti tips tips membela kucing untuk seseorang yang beralergi.

Merendahkan tekanan d4rah

Pemilik kucing dikenali dengan memiliki tekanan d4rah yang rendah kerana ketenangan yang mereka rasakan apabila bersama kucing. Satu kajian dilakukan dengan bilik yang penuh dengan pemilik kucing. Dalam kajian tersebut, pemilik kucing tersebut bercakap dengan suara yang kuat dimana secara semulajadinya akan menaikkan tekanan d4rah, namun apabila pemilik kucing tersebut diperhatikan bercakap dengan kucing mereka masing-masing, tekanan d4rah mereka kekal di tahap yang normal.

Mengurangkan risiko penyakit jantung dan serangan sakit jantung

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Minnesota menunjukkan seseorang yang tidak memiliki kucing  mempunyai 30-40% untuk m4ti diserang penyakit jantung berbanding seseorang yang mempunyai kucing.

Mengurangkan tahap triglycerides dan kolesterol.

Tinggi tahap triglyceride dan kolesterol menyumbang kepada penyakit jantung dan merupakan gejala kepada dua jenis diabetes serta strok, dan penyakit hati dan ginjal. Secara semulajadinya, pengurangan tahap triglyceride dan kolesterol mengurangkan risiko untuk menghidapi penyakit ini.

Meningkatkan tahap kemampuan sosial

Pemilik kucing selalunya mempunyai kelebihan untuk memulakan pergaulan dan dapat meningkatkan kemampuan mereka untuk bersosisl. Satu kajian menunjukkan wanita lebih tertarik kepada lelaki yang memiliki kucing kerana ia menunjukkan seseorang lelaki itu sensitif dan bijaksana.

Memberikan peneman

Memiliki kucing dapat mengurangkan perasaan sunyi. Walaupun kucing dikenali sebagai haiwan yang berdikari, hubungan antara kucing dan pemiliknya mengukuhkan persahabatan. Kajian di Swiss pada 2003 mendedahkan bahawa memiliki kucing sama seperti mempunyai pasangan romantik.

Mengurangkan ‘jejak ekologis’


Apa itu jejak ekologis? Jejak ekologis ni menjadi alat ukur yang mengkaji tingkat konsumsi manusia dan dampaknya terhadap lingkungan. Kajian pada 2009 menunjukkan sepanjang hidup sumber yang diperlukan untuk memberi makan seekor anjing mempunyai jejak ekologi sama seperti sebuah kereta Hummer. Dimana kucing secara keseluruhannya lebih memakan ikan dari produk jagung atau produk perisa daging hanya mempunyai jejak ekologis lebih kurang seperti kereta Volkswagen Golf

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment