10 Filem Untuk Pencinta Kucing

Hai miaowers sekalian. Semua antara kita ni suka tengok filem kan? Jadi kali ni mm nak share filem yang ‘must watch’ untuk pencinta kucing macam mm ni.

Ini adalah pilihan filem yang mm sendiri pilih yea. Ok lets check it out

1.The Cat Returns (2002) 7.3/10

Seriously, cerita ni best. Memang Must-Watch-Movie untuk pencinta kucing sekalian alam. Haha ok punyalah nak menunjukkan tahap best dia. Tengok sahajalah rating filem ni.

Secara ringkasnya filem ini mengenai seorang pelajar sekolah menengah yang bernama Haru telah menyelamatkan seekor kucing dari dilangg4r lori. Tambahan pula kucing tersebut adalah seekor Putera Kucing yang bernama Lune. Untuk menyatakan tanda syukur kerana menyelamatkan anaknya, Raja Kucing meminta Haru supaya mengahwini anaknya Putera Lune. Haru dibawa ke Kerajaan Kucing dan Haru berubah menjadi kucing. Apabila Haru dihalang untuk pulang ke dunia manusia, Baron dan Toto dua patung yang secara ajaibnya dihidupkan dan membantu Haru untuk keluar dari Kerajaan Kucing.

2. Puss in Boots (2011) 6.7/10

Come on la masa miaowers sekalian tengok cerita Shrek takkan tak rasa melting tengok puss ni. Lagi-lagi scene yang dia buntangkan mata hitam dia tu. Maigoddddd…. so cute.

Kalau ada antara miaowers sekalian yang tak pernah tengok lagi filem puss in boot ni secara ringkasnya ia mengenai kehidupan Puss sebelum bertemu dengan Shrek ialah seekor kucing hero yang menyelamatkan seorang wanita dari diserbu lembu. Kerana dituduh merompak bank, Puss lari keluar dari bandar padahal penjahat sebenar adalah sahabat lama Puss iaitu Humpty Dumpty. Walaupun masih menyimpan perasaan benci antara satu sama lain, Puss dan Humpty Dumpty bersatu untuk mencul!k Angsa yang bertelur emas. Bersama mereka menyertai pengembaraan tersebut, Kitty Softpaws. Seekor kucing betina yang suka mencur!.

3. Keanu (2016) 6.3/10

Ok this is obviously a comedic action movie. Filem ni memang kelakar lawak habis. Tahap dia sayang kucing tu, pencinta kucing saja la yang paham.

Filem ini mengenai Rell yang baru kena tinggal dengan awek jumpa anak kucing yang cute depan pintu rumah dia. Selepas itu anak kucing tersebut kena curi dengan pencur! yang takda hari perut. Rell rekrut sepupu dia Clerance untuk tolong dia dapatkan balik anak kucing tersebut. Tak lama kemudian mereka dapat tahu yang seorang s4mseng bernama Cheddar memilik anak kucing tersebut. Rell hanya akan dapat semula anak kucing tersebut jika dia dan Clerance bersetuju untuk bekerja dengan Cheddar (apa s4mseng nama keju). Demi nak dapatkan balik anak kucing dia, dia sanggup bekerja dengan Cheddar tu.

4. A street cat named Bob (2016) 7.3/10

Cerita ni pon best dan sedih jugak. Berdasarkan kisah benar yea miaowers sekalian. Boleh tengok pengaruh kucing dalam seorang manusia yang sedang bertarung untuk menjalani kehidupan yang normal.

Ringkasnya filem ini mengenai seekor kucing jalanan, mengubah kehidupan seorang drug 4ddict. Yang bestnya Bob tu sendiri yang berlakon jadi watak dia sendiri.


Watak sebenar.

Ada scene yang mungkin mengalirkan air mata miaowers semua.

BACA JUGA: Kisah kucing jalanan bernama Bob

5. Nine Lives (2016) 5.2/10

Sejenis family movie, ada juga komedi sikit. Yelah tiba-tiba kau boleh berubah jadi kucing.

Mengenai Tom Brand seorang billionaire yang tersangatlah kaki kerja menyebabkan dia semakin menjauh dengan isteri dan anaknya. Untuk memberi hadiah harijadi kepada anaknya, Tom membeli seekor kucing dari kedai haiwan yang sangat misteri. Tiba-tiba Tom terperangkap dalam kucing tersebut. Pemilik kedai haiwan tersebut memberinya masa seminggu untuk pulihkan hubungan dengan keluarganya atau selamanya hidup sebagai Mr.Fuzzypants.

 

6. Kedi (2016) 7.7/10

Dokumentari mengenai kehidupan 6 ekor kucing jalanan di Istanbul. Apabila melihat filem ini hati anda mungkin sedikit terusik melihat betapa kucing kucing jalanan di sana disayangi dan dijaga oleh penduduk di situ.

7. Captain Marvel (2019) 7.1/10

Serius mm cakap mm suka tengok filem ni sebab ada kucing dalam ni. Rasa rasa ni filem superhero pertama yang ada watak kucing dalam tu.

Kucing yang bernama Goose bukan calang calang kucing taw. Nak taw sebab apa kena tengok la filem ni.

8. The Cat (2011) 5.9/ 10

Siapa peminat filem seram campur pencinta kucing, filem ni sesuai untuk chuols.

Filem ini mengisahkan So-Yeon yang mengalami klaustrofobia dan mewarisi seekor kucing parsi apabila pemilik kucing tersebut mati. Selepas itu dia mula mengalami mimpi buruk dan semua orang di sekelilinganya mula mati ketika dia mula mencari kebenaran mengenai hal misteri yang berlaku.

9. Pet Semetary 2019 5.9/10

Filem ni pun kategori filem seram. Stephen King kan….

Filem ini mengisahkan sekeluarga yang baru berpindah menemui perkuburan misteri di belakang rumah mereka. Perkuburan misteri itu dinamakan Pet Sematary.

Pada halloween, kucing mereka yang bernama Church terbunuh apabila dilanggar oleh trak. Mereka pun menanam Church di Pet Semetary. Keesokan harinya semua terkejut apabila melihat Church kembali dan hidup. Tapi Church yang kembali ini  bukan seperti Church yang dulu.

10. Samurai Cat 2014 (6.4/ 10)

Filem Jepun ini mengisahkan Kyutaru seorang samurai yang terkenal. Kyutaru diupah oleh geng pencinta anjing untuk membunuh kucing kesayangan geng musuh mereka.

Namun apabila Kyutaru melihat kucing yang comel itu dia tidak mampu membunuh kucing tersebut dan serta merta menjadi pencinta kucing. Tindakan Kyutaro itu membuat kedua-dua geng itu marah.

ok ni pilihan mm untuk filem yang sesuai untuk pencinta kucing. Ada lagi satu filem tapi mm malas nak letak kat sini sebab rating dia rendah and then movie tu merosakkan watak Catwoman. hahaha ok rasa mm tahu filem apa yang mm nyatakan kat sini. Sekian sahaja untuk kali ni. Miaowwwwwww~

Kalau chuols rasa ada lagi filem yang MM tak senarai ce chuols mention filem tu kat ruangan komen!

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment