10 Fakta Penting Yang Pencinta Kucing Mesti Tahu

Kucing adalah haiwan yang sangat disayangi oleh pemilik haiwan peliharaan.

Jika anda adalah pencinta kucing anda perlu tahu beberapa fakta. Kalau tak tahu tak cukup pencinta kucing gituuuuuu~ Ok jom lihat 10 fakta yang kita pencinta kucing perlu tahu.

1. Kucing adalah haiwan yang suka bersendirian

Kucing suka bersendirian dan tidak mahu diganggu. Jika anda mahu membela kucing lain, lakukan dengan perlahan-lahan kerana kucing tidak suka berkongsi barangan mereka. Kucing mengambil masa yang lama untuk menerima kucing baru di dalam rumah. Semakin tua kucing, semakin loner dorang ni…

2. Anak kucing boleh tinggal bersama anjing

Dua makhluk berbulu yang berbeza ini tidak boleh tinggal bersama-sama dan ini adalah kepercayaan sesetengah individu. Namun menurut kajian yang dilakukan kucing dan anjing boleh tinggal bersama-sama sekiranya mereka masih muda. Apabila kedua-dua spesis ini berusia bawah enam bulan, mereka boleh duduk bersama-sama.

3. Lebih 54% populasi kucing adalah obese

Bukan manusia sahaja boleh obese. 54% kucing obese dan terlebih berat mengikut Association for Pet Obesity Prevention (APOP). Jika berat kucing anda 4.5 kg, ia memerlukan 180-200 kalori setiap hari.

4. Kucing tidak pintar seperti anjing

Anjing mempunyai otak yang lebih baik dan pertumbuhan otak anjing berkembang pada tahap yang baik. Selain pada itu anjing lebih berguna dari kucing dari segi menghidu dadah, menyelamatkan pendaki yang sesat dan diagnos kanser. Tapi mengikut kajian baru-baru ini mendapati deria menghidu kucing lebih baik pada anjing. Ada kucing yang dapat menghidu kanser yang ada pada pemiliknya.

5. Kucing liar lebih cerdik pada anjing

Walaupun anjing mempunyai kehidupan sosial yang aktif, kucing liar mempunyai lebih kepintaran.

6. Kucing mempunyai memori otot yang baik

Kucing boleh ingat mengenai halangan dalam persekitaran selama 10 minit. Apabila dibandingkan dengan memori visual, kucing mempunyai memori otot yang lebih baik. Kucing yang melihat halangan menjadi terganggu dari melintasnya namun kemudian lupa mengenai halangan tersebut selama beberapa saat.

7. Kucing boleh mengawal otak anda

Kucing sebenarnya mengawal otak anda. Kucing bagus dalam membuat bunyi apabila mereka inginkan makanan. Pemilik kucing tidak dapat mengawal lalu memberi kucing makan apabila bunyi tersebut semakin annoying. Haha

8. Kucing boleh minum air laut

Kucing mempunyai buah pinggang yang dapat menapis kandungan garam dari air laut dan gunakan air tersebut untuk hidratkan tubuh mereka. Manusia tidak mempunyai buah pinggang seperti itu.

9. Kucing tidak boleh merasa benda manis

Terdapat mutasi pada reseptor rasa kucing yang menghalang kucing dari merasa benda manis.

10. Kucing banyak tidur!

Walaupun hanya anak-anak kucign yang perlukan tidur yang banyak namun kucing dewasa juga begitu juga. Kucing meluangkan masa 18jam sehari hanya untuk tidur. Tiada hormon yang dilepaskan semasa kucing tidur namun mereka boleh nyenyak tidur sepanjang hari.

Jadi sebelum anda merancang untuk membela kucing, pastikan anda tahu fakta menarik mengenai kucing ini…

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment