10 Fakta Menarik Mengenai Anak Kucing

Ok mood anak kucing tak habis lagi nampaknya ni. Hehe.. Rasa-rasa anda tahu semua mengenai anak kucing?

Ha ni antara senarai beberapa fakta mengenai anak kucing yang anda mungkin tidak tahu!

1. Anak kucing tidak boleh melihat dan mendengar sehinggalah berusia 2 ke 3 minggu

Mata anak kucing akan buka semasa berusia dalam lingkungan seminggu, namun mereka tidak boleh melihat dan mendengar dengan jelas sehingga berusia 2 ke 3 minggu. Ini menjadikan mereka tersangat bergantung kepada ibu kucing sepenuhnya.

2. Anak kucing tidur sehingga 18 jam sehari

Anak kucing menyimpan tenaganya dengan tidur selama 18 jam sehari secara purata. Ini memberikan mereka tenaga yang banyak untuk membesar dengan kuat dan cepat. Beberapa hormon tumbesaran dilepaskan ketika anak kucing tidur, inilah sebabnya kenapa penting untuk anak kucing tidur dengan cukup.

3. Anak kucing baru dilahirkan pun boleh berpurring

Anak kucing yang baru dilahirkan pun dah boleh berpurring dan boleh didengar ketika mereka menyusu atau ketika dirapi oleh ibu kucing.

4. Anak kucing mempunyai deria bau yang kuat

Anak kucing boleh melihat warna apabila penglihatan mereka sudah berkembang sepenuhnya, walaupun mereka tidak boleh lihat seperti apa yang manusia lihat. Oleh sebab itulah mereka bergantung sepenuhnya dengan deria hidu yang kuat yang berkembang apabila penglihatan dan pendengaran mereka berkembang.

5. Anak kucing pun boleh jadi kidal atau tidak

Anak kucing pun boleh jadi dominan kiri atau kanan sama seperti manusia. Jika anda perhatikan dengan teliti anda boleh melihat anak kucing anda menggunakan banyak kaki kiri atau kanan apabila bermain.

6. Anak kucing boleh muat dalam mana sahaja ruang jika ruang tersebut muat kepalanya

Anak kucing dan kucing yang dewasa boleh memasuki mana-mana ruang yang sempit sekiranya kepala mereka dapat memasuki ruang tersebut. Jadi sekiranya anda membela anak kucing, pastikan tiada ruang sempit yang boleh dimasuki oleh anak kucing anda. Lebih-lebih lagi sekiranya anak kucing anda jenis penakut dan suka bersembunyi.

7. Misai anak kucing hampir sama panjang dengan kelebaran badannya

Misai anak kucing serta kucing dewasa hampir sama panjang seperti kelebaran badannya. Ini adalah kerana misai digunakan untuk mengemudi persekitaran dan meneroka kawasan baru.

8. Semua anak kucing lahir dengan mata berwarna biru

Kesemua anak kucing dilahirkan dengan mata berwarna biru dan akan bertukar warna asal matanya semasa berusia 8 minggu. Walaupun anak kucing yang mempunyai mata berwarna gelap pun akan bermula dengan mata berwarna biru semasa lahir.

9. Anak kucing mempunyai 26 batang gigi

Kucing dewasa mempunyai 30 batang gigi namun anak kucing mulanya mempunyai 26 batang gigi. Pada usia 6 bulan gigi susu ini akan luruh dan akan tumbuh set gigi kucing dewasa yang berjumlah 30 batang itu.

10. Purata anak kucing yang dilahirkan oleh seekor ibu sebanyak 1-9 ekor anak kucing

Purata anak kucing yang dilahirkan adalah sebanyak 1-9 ekor anak kucing namun jumlah terbesar yang pernah direkodkan adalah sebanyak 19 ekor anak kucing! Fuh jenuh ibu kucing nak menyusukan.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment