10 Baka Kucing Yang Tidak Aktif Dan Pemalas!

Walaupun kucing dikenali dengan sikapnya suka tidur sepanjang hari, ada beberapa baka kucing yang sedikit pemalas berbanding baka kucing yang lain.

Jadi sekiranya anda mencari kucing yang anda tidak perlu pening memikirkan aktiviti untuk meluangkan masa bersama, anda boleh tengok senarai baka kucing ini:

1. Ragdoll

Gambar: Catster

Mendapat nama Ragdoll kerana akan melembikkan diri apabila dipegang dan diangkat. Ragdoll mungkin baka kucing yang sangat suka berbaring sahaja. Mereka kucing yang sangat lemah lembut, penyayang dan suka ‘menempek’ berhampiran pemiliknya sepanjang hari. Jika anda mencari kucing yang dapat membantu anda rileks setelah penat bekerja, Ragdoll kucing yang sesuai untuk anda.

2. Maine Coon

Baka kucing yang besar ini diketahui sangay suka rileks bersama pemiliknya bila-bila masa dan di mana sahaja. Kucing maine coon digelar gergasi yang lemah lembut dalam dunia kucing dan sikap mereka memang mencerminkan gelaran tersebut.

3. Parsi

Gambar: Happy Cat Site

Lagi baka kucing yang berbulu lebat, kucing parsi memang sudah dikenali dengan sikapnya yang pemalas. Kucing parsi lebih suka berbaring di rumah bersama pemiliknya. Walaupun kelihatan seperti kucing yang hidup mewah, mereka boleh je hidup baik dalam kehidupan di apartment.

4. Russian Blue

Gambar: zooplus

Kucing yang cantik ini sangat sesuai untuk kehidupan di apartment dan tidak perlukan ruang yang luas untuk berlari dan bermain. Kucing ini lebih rileks berbanding kucing yang lain. Oleh kerana sifat berdikarinya, mereka mampu rileks bersendirian semasa anda keluar bekerja dan akan suka kehadiran anda apabila ada pulang.

5. Ragamuffin

Sama seperti sepupunya Ragdoll, Ragamuffin adalah baka kucing yang sangat lemah lembut dan hanya suka ‘menempek’ bersama pemiliknya. Kucing ini mempunyai bulu yang tersangat lembut seperti arnab sehingga tidak mampu mengelak dari membelainya.

6. Exotic

Gambar: Vetstreet

Kucing exotic mempunyai ciri-ciri yang hampir sama seperti kucing parsi dan sangat jinak. Mereka adalah kucing yang tenang dan dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan apartment dan suka menghabiskan masa rileks bersama pemilik mereka.

7. Burma

Gambar: The Happy Cat Site

Walaupun kucing burma adalah baka kucing yang sangat suka berbunyi, ia hanya mahu berdampingan  bersama pemiliknya sahaja di atas sofa. Jika anda mencari peneman untuk berborak dan rileks di atas sofa sambil menonton filem, ha kucing burma sangat sesuai dengan anda.

8. Korat

Gambar: cat breeds list

Kucing baka unik ini hampir sama seperti Russian Blue dalam rupa dan sikap. Walaupun korar agak pemalu, ia adalah kucing yang suka duduk di dalam rumah dan rileks sepanjang hari. Ia dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan apartment dan tidak suka kediaman yang sibuk dan bising.

9. Selkirk Rex

Gambar: world life expectancy

Selkirk Rex adalah salah satu baka kucing yang rupanya agak menarik dan hampir menyerupai kucing parsi.

10.  Scottish Fold

Gambar: cat smart

Kucing baka ini mendapat namanya kerana rupa telinga yang berlipat. Ia kucing yang suka berbaring bergolek-golek di dalam rumah dan sangat penyayang. Mereka merupakan peneman yang sangat baik, lemah lembut dan suka relaks sahaja sepanjang hari.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment