10 Baka Kucing Yang Semulajadi Bermata Biru

Kucing sememangnya mempunyai mata yang sangat cantik. Sungguh indah ciptaan Tuhan.

Komponen yang memberikan warna pada iris mata kucing dinamakan sebagai melanin. Melanin ini sepatutnya mempunyai kedua-dua ton warna kuning dan coklat. Apabila kucing kekurangan melanin ini, maka terjadilah mata yang berwarna biru.

Kebanyakan anak kucing yang dilahirkan mempunyai mata berwarna biru namun akan bertukar warna apabila membesar. Jika anak kucing tersebut sudah melebihi umur 3 bulan tanpa bertukar warna mata, jadi warna mata tersebut menjadi kekal.

Berikut merupakan senarai baka kucing yang mempunyai warna mata semulajadi berwarna biru:

1. Kucing Bali

Kucing Bali adalah dikatakan sebagai kucing Siam berbulu panjang. Ia merupakan hasil daripada mutasi genetik di antara kucing baka lain dan kucing Siam asli. Mata kucing Bali sentiasa berwarna biru berkilat.

2. Ojos Azules

Nama kemain dahsyat kan? Maksud nama baka kucing ni bermaksud “mata biru” dalam bahasa Spanyol. Baka kucing ini pertama kali ditemui di New Mexico dan tidak banyak kerana baka ini masih di dalam perkembangan. Kucing ini nampak seperti kucing domestik biasa cuma mempunyai mata berwarna biru.

3. Birman

Ini adalah satu lagi baka kucing yang mempunyai susur galur keturunan kucing Siam. Kucing ini mempunyai bulu yang panjang dan berwarna tan, beige dan krim. Kucing Birman sangat sukakan kanak-kanak.

4. Himalayan

Dikatakan kucing Himalayan merupakan berasal dari susur galur keturunan kucing liar kucing Pallas.

5. Ragdoll

Kucing baka ini sememangnya sangat manja, suka diangkat dan didukung. ragdoll juga dikatakan boleh diajar melakukan trik.

6. Parsi

Kucing yang maintanance tinggi ni ada juga yang bermata biru.

7. Snowshoe

Baka kucing ini adalah hasil daripada pembiakan silang kucing American shorthair dengan kucing Siam. Selain mata berwarna biru, kucing ini dikenali dengan kaki yang berwarna putih. Sesuai sangat nama dia kan?

8. Kucing Siam

Kucing siam adalah diantara baka kucing yang tertua dan terkenal. Kucing siam juga merupakan kucing yang sangat ‘banyak mulut’. Kalau korang jenis tak kisah kucing 24jam berbunyi, eloklah bela kucing siam ni. Hehe

9. Kucing Jawa

Baka kucing ini adalah hasil daripada gabungan kucing Siam, kucing colorpoint dan kucing Bali.

10. Tonkinese

Kucing Tonkinese adalah hasil daripada pembiakan silang kucing Siam dan kucing Burma. Mata kucing tonkinese berwarna biru aqua. Baka kucing ini dikatakan sangat bijak dan mempunyai memori yang kuat.

 

Suka kucing? Jom follow The Mamamiaow 

Leave a comment