10 Baka Kucing Yang Bersaiz Besar

Kucing-kucing ini dikenali kerana saiznya.

Kalau anda mencari rekod dunia untuk kucing, anda pasti dapat lihat baka-baka kucing ini memenangi kategori saiz yang besar.

1. Maine Coon

Dikenali sebagai The Gentle Giant, kucing maine coon sememangnya dikenali dengan saiznya yang memang besar. Malah kucing gebu ini boleh berat sebanyak 6.8 kg sehingga 11 kg!

2. Savannah

Saiz kucing Savannah yang besar datang dari pembiakan silang dengan Serval iaitu kucing liar yang boleh ditemui di Afrika. Bukan sahaja kucing ini berat, kucing savannah juga panjang dan tinggi. Purata berat seekor kucing Savannah adalah sebanyak 11kg.

3. Ragdoll

Kucing ragdoll adalah kucing besar yang mempunyai hati yang besar juga. Dibiak kerana personaliti mereka yang menyerlah dan tenang, kucing yang gebu ini boleh mencapai berat sebanyak 4 hingga 9 kg.

4. Chausie

Chausie adalah baka kucing yang juga dihasilkan dari pembiakan silang kucing domestik bersama kucing liar. Ini adalah baka kucing yang rare dan mahal namun kecantikannya cukup untuk menawan hati sesiapa sahaja. Kucing Chausie boleh mempunyai berat sebanyak 6.8 kg sehingga 9kg.

5. Ragamuffin

Ragamuffin adalah sepupu kepada Ragdoll yang juga berkongsi ciri-ciri yang sama. Kucing ragamuffin boleh mencapai berat dari 5kg sehingga 7.7kg.

6. Norwegian Forest Cat

Kucing yang cantik ini juga merupakan kucing yang sangat besar dengan kucing jantannya dapat mencapai berat 5.9kg sehingga 10kg! Kelihatan seperti kucing ini berat dari bulunya tapi kucing ini sebenarnya agak berotot. Bulu kucing NFC juga bersifat kalis air untuk membantunya menghadapi cuaca sejuk Scandinavia yang merupakan negara asal kucing ini.

7. Siberia

Datang dari Siberia yang mempunyai cuaca sejuk, tak hairan lah kucing ini besar dan berbulu tebal. Kucing ini merupakan khazanah istimewa negara Rusia. Kucing siberia dapat mencapai berat 4.5 kg sehingga 9 kg.

8. British Shorthair

Kucing ini adalah salah satu kucing berbulu pendek yang bersaiz besar. Ia sangat penyayang dan peneman yang hebat. Kucing british shorthair dapat mencapai berat 4 kg sehingga 8.2 kg.

9. Turkish Van

Kucing baka yang cantik ini berasal dari pertengahan dan barat daya Asia. Purata berat kucing Turkish Van adalah 4.1 kg sehingga 5.9 kg.

10. American Bobtail

Kucing ini berbeza kerana ekor pendeknya! Baka kucing ini dihasilkan dengan pemilihan semulajadi dan ekor pendek mereka adalah fenomena semulajadi. Kucing ini mempunyai purata berat 3 kg sehingga 6.8 kg.

Kucing min yang domestik long hair pun boleh dikatakan besar la juga sebab berat pun 6 kg. Hehe..

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment